Antara barangan mewah palsu, beg tangan adalah produk tiruan yang paling banyak di pasaran. | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: May 20, 2021

Antara barangan mewah palsu, beg tangan adalah produk tiruan yang paling banyak di pasaran. | JEWEL CAFÉ Malaysia

Beg tangan mewah akan menggunakan bahan organic (seperti kulit). Jika anda membeli beg tangan tiruan, anda akan mendapati penampilan dan kualiti beg tangan tersebut akan berbeza dengan beg tangan asli dari masa ke semasa. Berikut adalah ciri-ciri umumbagi beg tangan tiruan:

Beg tangan tiruan jugak mempunyai kategori yang tersendiri

Tekstur kulit, nilon dan kain kanvas

Jika ianya beg tangan tiruan, kualiti akan kelihatan kasar. Lama-kelamaan, perbezaan dari segi penampilan dan kualiti akan lebih kelihatan berbanding dengan barangan asli. Berikutnya adalah ciri-ciri yang mudah untuk dikesan.

Kulitnya tidak lembut apabila dipegang, ianya mempunyai bau seperti plastik dan kulitnya tidak mempunyai sebarang pori. Oleh kerana tenunan yang berkurangan, kain kanvas juga akan mempunyai garis kasar dan teksturnya tidak lembut. Bagi kain nilon, ia akan mempunyai bau yang kuat dan seperti bau bahan kimia.

Perkakasan dan aksesori logam seperti zip dan skru

Perkakasan bagi beg tangan tiruan akan sangat mudah dikenali, terutama sekali di bahagian zip. Zip yang digunakan Louis Vuitton telah ditetapkan standard, jadi anda boleh membezakan beg tiruan dengan perbezaan ini. Jika anda sudah biasa dengan barangan asli, pengetahuan ini akan sangat berguna untuk memastikan ketulenan barangan. Walaubagaimanapun, jika anda tidak biasa dengan barangan asli, anda boleh mengenalpasti beg tangan tiruan melalui salutan perkakas yang tidak serata, ketebalan huruf pada logo, dan penjarakkannya. Selain itu, butang pada beg tangan juga titik perbezaan.

Kualiti Jahitan

Sewing craftsmanship is the criterion for judging counterfeit handbags, and it is easy to distinguish them even without specialized knowledge. If the handbag is genuine, the handbag should be sewn firmly and neatly, and the thread should not be loose or uneven in strength. On the contrary, the lanes of counterfeit handbags are too long, and there are various problems such as protruding thread ends, inconsistent lanes and fray. Compared with others, sewing craftsmanship is an identification point that can be easily identified by famous brand fans.

Perbezaan cop

Cop jenama akan muncul dengan pelbagai bentuk seperti di perkakasan atau kulit. Ianya juga salah satu faktor mengenalpasti barangan tiruan. Walaupun anda bukan seorang pakar, anda boleh mengenali barangan tiruan dengan sekilas pandang selepas banyak melihat barang yang asli. Sudah tentu juga, cop bagi setiap jenama akan berbeza dan mempunyai standard yang tersendiri. Walaubagaimanapun, barangan tiruan selalunya bermasalah dari segi kedalaman cop dan susunan huruf.

Ciri-ciri komprehensif beg tangan tiruan

Walaupun pengenalan tentang ciri-ciri barangan tiruan ini ringkas, ianya mudah bagi sesiapa yang bukan profesional untuk mengenal pastinya. Namun begitu, apabila mengitar semula beg berjenama, ianya dinilai secara komprehensif, dan bukan dengan menilai pada satu bahagian sahaja. Sehubungan dengan itu, bagi mengurangkan kos bahan dan upah untuk meningkatkan keuntungan, beg tangan tiruan tidak akan menggunakan bahan dan teknik sebaik beg tangan yang asli, jadi ianya akan berkualiti rendah. Melainkan anda menjjumpai beg tiruan yang bergred tinggi, anda perlu lebih berhati-hati.

Kesimpulannya, anda mungkin tidak dapat untuk mengetahui perbezaanya melainkan anda meminta pertolongan pakar professional untuk mengenal pasti dengan lebih tepat.

Kenali bentuk butang

Point yang telah dinyatakan diatas adalah cara untuk mengenal pasti secara mudah dan dapat dilakukan oleh orang awam dalam menentukan perbezaan di antara yang asli dan tiruan. Akan tetapi, teknologi dalam pemalsuan barangan berjenama sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa dikemas kini, ini juga menyukarkan orang awam untuk menilai. Akan tetapi, untuk beg tangan yang yang mempunyai kualiti yang tinggi dan lebih rumit pertukangannya, perbezaan akan mudah kelihatan.

Pengalaman Bersama barangan asli

Saya telah mengambil peluang ini dengan berkongsi tentang cara-cara mengenal pasti beg tangan tiruan dan ciri-cirinya. Melainkan anda terjumpa dengan beg tangan tiruan yang berkualiti tinggi, beg tangan tiruan akan menjadi lebih murah disebabkan oleh kos, dan ciri-ciri lain yang biasa kita lihat. Kita berlebihan jika kita katakan beg tangan tiruan akan mempunyai lebih kekurangan berbanding jam tiruan.

Lebih selamat sekiranya kita menggunakan khidmat penilai profesional untuk membuat penilaian. Selain daripada pengetahuannya, penilai profesional mempunyai banyak pengalaman mengendali lebih banyak barangan asli dan biasa dengan perbezaannya untuk menilai ketulenan sesuatu barang. Dengan membaca lebih banyak majalah tentang barangan berjenama, ia juga boleh membantu untuk menilai ketulenan produk bagi jenama kesukaan anda di kedai barangan terpakai. Beg tangan berjenama biasanya memerlukan wang yang banyak. Kebijaksaaan boleh dipupuk dengan lebih banyak pendedahan tentang barangan asli bukan sahaja melindungi diri daripada penipuan, tetapi juga kita dapat lebih memahami mengenai kelebihan barangan asli.

For expensive purchase of items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!