Bolehkah seseorang membeli cincin perkahwinan dan pertunangan? Terdapat rujukan? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: July 15, 2021

Bolehkah seseorang membeli cincin perkahwinan dan pertunangan? Terdapat rujukan? | JEWEL CAFÉ Malaysia


women


women


women


women


Melihat cincin perkahwinan dan pertunangan yang sudah tidak diperlukan, pernahkan kamu terfikir “Bolehkah seseorang membelinya?” dan “Saya sudah melepaskan dan berharap agar dapat dijual dengan harga yang baik!”

Kerana cincin itu mempunyai maksud yang istimewa, saya berharap ia akan berakhir tanpa penyesalan. Unutk anda, kami akan menerangkan perkara yang perlu dititikberatkan apabila mempertimbangkan untuk menjual cincin perkahwinan dan cincin pertunangan.

Sama ada anda risau kerana terdapat ukiran perkataan pada cincin atau anda tidak pasti tentang pasaran barangan terpakai tetapi ingin menjual, kami mencadangkan agar anda dapat merujuk kepada maklumat mengenai pelbagai jenis kedai seperti di bawah.

Tanda positif jika cincin idak pernah digunakan/dipakai.

1. Tiada calar dan berkondisi sangat baik.

2. Apabila ada pembeli, sediakan set lengkap (seperti kotak, kad jaminan, resit dll). Ianya dapat memberi nilai tambah semasa penilaian.

Cincin yang ditempah juga boleh dijual [ukiran, huruf, nama]

Kebiasaannya, cincin perkahwinan dan cincin pertunangan boleh ditambah huruf-huruf yang unik dan ukiran khas. Reka bentuk ini adalah sangat terkenal, tetapi ukiran ini juga membuatkan ianya susah untuk dijual balik.

Walau bagaimanapun, jangan risau. Ini tidak bermakna ianya susah untuk mencari pembeli jika terdapat ukiran.

Ianya tidak menjadi masalah sama ada diukir atau tidak jika hanya menjual dalam bentuk bahan. Jika berhajat untuk menjual sebagai cincin, ukiran dapat dikeluarkan pada peringkat pemprosesan. Namun, pembeli mungkin akan mengurangkan kos pemprosesan dari harga belian, membuatkan harga belian lebih rendah berbanding anggaran harga awal.

Selain itu, jika penilaian menentukan bahawa ukiran tidak dapat dikeluarkan, atau penghapusan ukiran akan merosakkan nilainya, dalam situasi ini ianya tidak dapat dibeli.

Harga belian adalah berbeza mengikut jenis! Berikut secara ringkas menerangkan standard pembelian.

Perkara utama yang akan dinilai semasa menjual cincin perkahwinan atau cincin pertunangan adalah jenis bahan. Apakah logam dan batu permata yang digunakan? Berapa banyak yang digunakan? Perkara ini sangat mempengaruhi harga belian.

Bahan biasa untuk cincin perkahwinan dan cincin pertunangan, dan maklumat jualan balik adalah seperti di bawah.

Platinum 950/900

Platinum adalah bahan yang sangat digemari dan disukai apabila memilih cincin perkahwinan dan cincin pertunangan. Harga jualan balik platinum seperti dibawah (data dari September 2020):

Pt950 …… RM75 / g

Pt900 …… RM71 / g

Logam yang digunakan dalam reka bentuk cincin yang ringkas mempunyai berat lebih kurang 4 ke 5 gram. Darabkan harga seunit dengan berat untuk mengetahui berapakah harga belian.

Emas

Pasaran emas masih lagi tinggi berbanding sebelumnya. (data dari September 2020)

Ketulenan dan nilai pasaran kitar semula adalah seperti dibawah:

K18 …… RM136 / g

K14 …… RM97 / g

Jika dikira berdasarkan pasaran semasa, walaupun beratnya adalah sama, cincin emas mungkin boleh dijual pada harga yang lebih baik berbanding cincin platinum.

Perak

Harga belian perak jauh lebih rendah berbanding platinum dan emas. Harga jualan balik perak adalah seperti di bawah (data dari September 2020):

Sv1000 …… RM2.00 / g

Sv925 …… RM1.50 / g

Harga jualan perak juga dapat dikira dengan mendarabkan berat logam dengan harga seunit. Tetapi hasil pengiraan menunjukkan harga perak adalah jauh lebih rendah berbanding platinum atau emas.

Pasaran berlian terpakai

Kebanyakan cincin perkahwinan dan cincin pertunangan menggunakan berlian. Berlian juga adalah salah satu perkara yang penting semasa penilaian.

Kebiasaannya purata saiz berlian yang digunakan pada cincin perkahwinan adalah sekitar 0.3 ke 0.5 carat.

Walaupun harga belian adalah berbeza mengikut gred berlian, biasanya harga adalah sekitar RM2,500 ke RM7,200.

[Jenama terkenal boleh dijual dengan lebih!] Jenama mempengaruhi penilaian

Apabila cincin dinilai, jenama juga merupakan perkara yang penting. Jika ianya adalah jenama yang terkenal, berkemungkinan pembeli baru dapat dijumpai dengan cepat. Pada ketika ini, populariti setiap barang menjadi fokus penilaian.

Berikut adalah jenama yang terkenal:

• Cartier

• Harry Winston

• Tiffany

• Van Cleef & Arpels

Walau bagaimanapun, cincin juga mungkin boleh mengurangkan nilai anggaran disebabkan ukiran yang besar atau penilaian tidak dapat dibuat.

Kenapa anda selalu merasakan harga jualan balik adalah terlalu rendah?

Semasa menilai harga cincin perkahwinan dan cincin pertunangan yang telah digunakan, ramai yang merasa kecewa kerana “sangat murah…”.

• Tidak dapat menilai dengan betul

• Menolak kos “menghilangkan ukiran” daripada harga belian

• Perbezaan yang sangat ketara antara harga belian pertama

Adalah penting untuk memilih kedai yang dapat membuat penilaian barang yang tepat. Di antara kedai emas, sesetengah syarikat “hanya menilai jenis bahan” atau “mungkin membuat anggaran harga yang rendah untuk mengelakkan risiko”.

Di samping itu, salah satu ciri cincin perkahwinan dan cincin pertunangan adalah harga semasa dibeli adalah lebih tinggi. Ini kerana selain nilai logam cincin atau batu permata, kos lain seperti yuran reka bentuk turut ditambah. Tetapi semasa penialaian, kebiasaannya hanya nilai jenis bahan yang dinilai. Mungkin perbezaan inilah yang menyebabkan kebanyakan orang merasakan harga yang ditawarkan adalah rendah.

Dimana saya boleh menjual?

Kedai pajak gadai (jenis gadai janji)

Mekanisma operasi kedai pajak gadai adalah menyimpan barang berharga dan meminjamkan jumlah wang yang setara. Sekiranya pinjaman tidak dapat dibayar, barang tersebut akan dijual. Membeli di kedai yang khusus adalah berlainan dan dapat dibeli dengan harga yang tinggi jika berurusan dengan kedai khusus.

Kedai kitar semula, kedai emas khusus (jenis menjual)

Walaupun kedai barangan terpakai turut menawarkan perkhidmatan membeli cincin, ia mengendalikan pelbagai jenis barangan dari keperluan harian hingga barangan runcit. Ciri ini membawa kepada fakta dimana kakitangna perkhidmatan mungkin tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan berkemungkinan nilai sesuatu barang dikira dengan salah. Penilaian di kedai khusus tidak terdedah kepada risiko ini.

Apabila menjual balik cincin perkahwinan dan cincin pertunangan, pemilihan kedai adalah agak penting. Terdapat banyak jenis kedai yang menawarkan khidmat pembelian, tetapi disarankan untuk pergi ke kedai pembelian khusus.

Di samping itu, terdapat banyak kedai terpakai yang menyediakan perkhidmatan kurier untuk membeli, jadi mereka yang risau tentang “seorang lelaki mungkin malu untuk menjual cincin…” mendapat keyakinan untuk menjual. Jika anda memutuskan untuk mengamanahkan pembelian kepada kedai, dinasihatkan untuk memilih kedai yang mementingkan hak privasi pelanggan. Terdapat juga pelbagai jenis kedai khusus. Anda digalakkan untuk merujuk kepada seseorang yang mempunyai pengalaman ke kedai sebelum membuat keputusan untuk memilih kedai yang mana.

Adakah penjelasan di atas dapat merungkaikan keraguan anda tentang penjualan cincin perkahwinan dan cincin pertunangan?Apabila anda memikirkan “Ingin mengucapkan selamat tinggal kepada cincin dan melepaskan kerisauan anda!”, kami mencadangkan untuk anda mengambil tindakan yang praktikal. Pilih kedai yang boleh dipercayai dan nyatakan keperluan anda!


women


women


women


women


For expensive purchase of Gold items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!