AEON Bukit Mertajam Shopping Centre blog

Nilai jualan semula emas serta aspek yang diambil kira

March 8, 2021

A

Seperti yang sedia maklum, emas memiliki nilai yang tersendiri bagi jualan semula mengikut peredaran harga dari masa ke semasa. Hari ini kita bakal mengulas berkaitan nilai jualan semula emas dan aspek yang diambil kira sewaktu penilaian dilakukan.

a

a

Dalam post sebelum ini, kita telah mengulas berkenaan jenis emas padu ataupun emas jenis hollow. Bagi yang belum baca atau belum berkesempatan, saya sertakan link di bawah bagi sesiapa yang berminat untuk membaca posting tersebut terlebih dahulu :

a

a

a

Baik, kembali kepada topik kita pada hari ini. Tahukah anda yang sebenarnya jenis dan ketulenan emas itu adalah fator yang mempengaruhi nilai jualan semula emas anda? Seperti yang sedia maklum, ketulenan emas yang terbaik semestinya emas 999 atau K24 dan nilai harga bagi emas jenis ni adalah yang paling tinggi di dalam pasaran emas. Namun bagaimana pula dengan emas 916? Memandangkan emas jenis ini mempunyai jenis atau lebih mudah difahami, reka bentuk yang berbeza beza seperti padu dan hollow, maka harganya juga berbeza walaupun ianya adalah dari ketulenan yang sama iaitu emas 916.

a

a

Emas jenis yang mudah diberi penilaian harga atau mendapat tawaran harga yang tinggi bagi emas 916 semestinya adalah emas jenis padu. Mengapakah terdapat perbezaan dari segi nilaian? Ini adalah kerana emas perhiasan jenis padu ini mempunyai reka bentuk yang padat dimana sewaktu prosess menilai emas ini dilakukan menggunakan mesin khas, bacaan bagi emas jenis ini lebih cantik dan tepat iaitu bacaan K22. Bacaan bagi emas jenis padu ini cantik dan tepat adalah kerana ianya padat, jadi tiada ruang udara bagi partikal lain untuk melepasi antara celahan reka bentuk emas tersebut. Bahkan, habuk atau kotoran halus juga susah untuk melekat di emas jenis ini. Maka inilah yang menyebabkan bacaan emas ini sewaktu penilaian dilakukan, lebih mudah dan memperolehi nilai keputusan yang cantik.

a

a

Jadi bagaimana pula dengan emas 916 jenis hollow ni? Emas ini seperti mana yang kita ketahui, reka bentuknya mempunyai ciri yang lebih besar dan lebar. Namun, mempunyai ruang kosong didalamnya. Seperti yang saya sudah jelaskan di atas, sewaktu penilaian emas dilakukan, ciri ciri seperti ini diambil kira kerana sewaktu emas perhiasan ini dimasukkan kedalam mesin, ianya akan menghasilkan keputusan bacaan yang rendah berbanding gred asalnya iaitu K22. Bacaan yang terhasil dari emas jenis hollow ini biasanya akan menjadi sama ada K18, K14 atau bahkan lebih rendah disebabkan oleh ruang udara yang terdapat pada bentuk perhiasan itu sendiri. Jenis ini juga, lebih mudah memerangkap habuk dan kekotoran yang mana menyebakan bacaan emas itu kurang cantik dan tepat. Jadi, jangan terkejut apabila pihak Ar-Rahnu atau kedai pajak gadai mengambil kira jumlah penolakkan yang lebih tinggi berbanding emas perhiasan jenis padu.

a

Dengan posting ini, saya berharap para pembaca akan lebih faham dan terang akan keadaan jenis emas yang dimiliki serta nilai jualan semula bagi emas perhiasan 916 (K22) ini. Saya berharap para pembaca senang dengan tulisan yang diolah oleh saya pada kali ini dan lebih tertarik untuk membaca lain-lain blog yang ditulis oleh team Jewel Cafe kami.

A

A

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh Jewel Cafe, anda boleh berhubung dengan kami di talian yang tertera di bawah:

A

04 – 536 0331

SEKIAN,

JEWEL CAFE

page top
page top