AEON Bukit Raja Shopping Centre blog

7 Sebab Untungnya Menyimpan Emas!

April 30, 2021

 

 

 

 

Emas kalis inflasi: 

 

 

Emas adalah kalis inflasi, ianya terbukti dari zaman Rasulullah lagi, dengan harga 1 dinar emas boleh membeli seekor kambing, harga yang sama iaitu 1 dinar emas masih lagi boleh membeli seekor kambing yang harganya sekitar RM670 – RM750 pada masa sekarang. Berbeza dengan kuasa duit, menyimpan duit kertas tak mampu beli kambing pada harga yang sama sebab INFLASI atau kuasa beli sudah jatuh. Emas dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang.

 

 

Emas dapat membantu ketika kebocoran wang

 

 

Emas dapat membantu kita ketika sesak atau ketika memerlukan duit kecemasan kerana adanya sistem gadaian seperti pajak gadai atau ArRahu iaitu mengadai emas kepada wang tunai dan emas tersebut tidak hilang sekiranya ditebus pada masa yang disyaratkan.

 

 

Selain itu, sekiranya anda ingin menjual terus emas anda kerana tidak memakainya lagi atau emas tersebut patah, rosak dan tiada resit. Anda boleh menjualnya di kedai yang membeli emas dan terus dapat tunai serta merta seperti kedai Jewel Cafe.

 

 

Jewel Cafe website : https://crane-malaysia.com/

 

 

Jewel Cafe phone number : 03-3358-8466

 

 

 

 

Kesan menyimpan emas membawa kepada sikap suka menabung: 

 

 

Menyimpan emas seperti menyimpan duit kerana emas bernilai ketika dijual balik dalam jangka masa panjang. Emas juga boleh dipakai sebagai perhiasan. Semakin banyak kita membeli emas, hakikatnya semakin tinggi simpanan kita.

 

 

Emas sebagai aset pelaburan: 

 

 

Emas adalah suatu aset pelaburan jangka masa panjang. Harus diingat sekiranya anda membeli emas dan berniat menjualnya dalam masa terdekat ( setahun atau dua tahun ) anda mungkin akan kerugian sedikit, tetapi sekiranya anda menjual emas anda dalam tempoh 15- 20 tahun akan datang anda akan untung besar! mulalah membeli dan menyimpan emas dari sekarang!

 

 

Jangka simpanan emas yang tiada tarikh luput dan nilainya semakin bertambah: 

 

 

Emas tiada tarikh luput malahan nilainya semakin meningkat seiring dengan tahun.

 

 

Emas sebagai modal pusingan: 

 

 

Seperti point nombor 2 tadi, emas juga boleh dipajak untuk tujuan kita memulakan modal perniagaan. Pajak emas di ArRahu untuk mendapatkan pinjaman pusingan modal perniagaan. Pinjaman anda mematuhi syarak. Emas boleh ditebus sekiranya mendapat keuntungan.

 

 

Emas Magnet Kekayaan:

 

 

Sebenarnya, menjadi fitrah manusia sukakan emas sebagaimana dalil dalam Al-Quran, Surah Ali Imran Ayat ke 14 . Emas juga banyak kelebihannya.

 

 

Surah Ali Imran – Ayat 14 – TeratakEmas.Com

 

 

Mudah mudahan info ini bermanfaat untuk anda!

 

 

page top
page top