Pengetahuan: Proses Perlombongan & Penapisan Emas | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: July 15, 2021

Pengetahuan: Proses Perlombongan & Penapisan Emas | JEWEL CAFÉ Malaysia


women


women


women


women


Bagaimanakan emas dilombongkan? Emas kerap kali membuat orang tertarik dengannya. Kami tidak hanya menggunakan hanya sekadar barangan perhiasan mewah, tetapi membelian emas juga sebagai aset pelindung nilai. Sejak beberapa tahun ini, kebanyakan orang menggunakan sifat logam emas dan digunakan sebagai penghasilan barangan perindustrian. Saya akan memberi sedikit pengenalan dan pengetahuan tetang emas. Pengenalan ini akan lebih kepada kaedah pengkhususan. Jika anda berminat ingin tahu, jangan tinggalkan halaman ini!

Permulaan penghasilan perlombongan emas dan pencarian emas

Kita harus mengenalpasti terlebih dahulu tentang “urat emas” yang terdapat di dalam emas. Berdasarkan dari lokasi tersebut emas yang ditemui mempunyai dua pecahan iaitu “emas mudah ditimbang” dan “emas tidak mudah ditimbang”

Afrika Selatan adalah negara pengeluar emas yang paling terkenal di dunia dan disana juga adalah kawasan “urate mas yang mudah dilombong” dan kini semakin pupus akibat dari aktiviti perlombongan yang tinggi. Ketika ini, penggalian haruslah sedalam 3000meter ke bawah tanah bagi menggali bijih emas. Pada kedalaman tersebut, paras bumi akan mempengaruhi projek perlombongan dan juga perlombongan tersebut memerlukan kos yang sangat mahal.

Urat Emas Taiwan

Kebanyakan emas dan tembaga dihasilkan di kawasan Jinguashi dan Jiufen. Dahulunya ia merupakan lombong emas terbesar di Asia Timur dan juga mengandungi 95% dari keseluruhan lombong emas di Taiwan. Ketika lapan jambatan besi didirikan pada tahun 1889, pekerja disana menemui pasir emas di sungai, dan bermulah sejarah perlombongan emas di Jinguashi dan Jiufen hingga penutupan lombong pada tahun 1971 kerana pembiayaan yang tidak mencukupi.

Sumber Emas ditemui di Jepun

Jepun secara umumnya dianggap adalah negara “sumber daya alam yang jarang”, tetapi pada masa lalu Jepun telah melombong emas di Sado Kinzan yang terkenal (lombong emas Sado). Pada zaman moden, diyakini mungkin terdapat emas di dasar sumber air panas yang kaya dengan klorin. Oleh itu, jika anda menjumpai lombong emas yang dapat menghasilkan emas dan menyediakan peralatan perlombongan, malah Jepun mungkin akan menghasilkan banyak emas. (Contohnya, akan ada topik lombong emas di Kagoshima dan Hokkaido dari semasa ke semasa)

Sejak beberapa tahun ini, negara seperti China, Peru dan Indonesia menarik perhatian beberapa negara lain di seluruh dunia kerana hasil perlombongan mereka yang berterusan.

Bagaimanakan pengasingan emas?

Pertama sekali, bijih emas yang dilombong dari urat emas adalah bukan emas. Emas tersebut adalah emas yang tersebir di bijih dan tidak dapat dikenali dengan mata kasar. Oleh itu, proses penapisan diperlukan bagi memisahkan antara logam berharga dari sejumlah besar bijih emas. Kaedah mengekstrak emas berbeza-beza mengikut negara dan wilayah yang berbeza. Terdapat dua kaedah khusus untuk anda.

Kaedah penggunaan tungku tembaga.

Lombong berskala besar terutama menggunakan tungku tembaga untuk mengekstrak emas yang dapat mengimbangkan keselamatan dan keuntungan ekonomi. Masukkan bijih tembaga dan bijih emas ke dalam tungku bersama emas, perak dan tembaga akan disatukan di bawah suhu tinggi. Pertama, pisahkan tembaga, kemudian perak disempurnakan melalui suhu tinggi, dan akhirnya emas dapat dipisahkan dengan elektrolisis.

Keaedah penggunaan merkuri

Di Republik Afrika Selatan terutamanya menggunakan merkuri untuk mengekstrak emas yang terdapat dalam bijih. Setelah merkuri menyerap emas dan perak, ia menjadi “amalgam”. Apabila merkuri ditambahkan ke bijih yang dihancurkan, amalgam yang mengandungi emas dapat dipisahkan dan emas dapat diekstrak dengan memanaskan amalgam. Tidak dinafikan bahawa penggunaan merkuri mempunyai risiko menyebabkan pencemaran alam sekitar dan pencemaran tubuh manusia. Tetapi dengan cara ini, emas dapat dipisahkan dengan mudah tanpa menggunakan alat kerja yang berat. Oleh itu, kebanyakan lombong moden dengan peralatan lengkap menggunakan tungku tembaga. Hanya lombong yang tidak dapat memasang alat kerja berskala besar yang dapat melihat kaedah pengekstrakan ini.

Hanya sebentuk cincin emas sahaja yang dapat dihasilkan dari 1 tan bijih emas

Kandungan emas yang terdapat dalam bijih emas sangat sukar ditemui. Mengekstrak emas dari bijih emas memakan masa dan memerlukan tenaga kerja. Satu tan bijih emas ditambang dan emas yang diekstrak cukup untuk membuat cincin emas.

Kesimpulan

Terdapat banyak cara untuk melombong emas, dan tidak kira kaedah apa sahaja proses penambangan itu berbahaya. Jumlah bijih emas yang dilombong sangat terhad dan proses penapisan emas memerlukan banyak proses. Tidak hairanlah harga emas selalu tinggi. Tetapi tidak kira masa sekarang atau masa lalu, selagi manusia masih menginginkan emas, manusia akan terus melombong emas. Oleh itu, di mana dan bagaimana melombong emas adalah isu-isu yang harus diberi perhatian oleh negara.


women


women


women


women


For expensive purchase of Gold items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!