AEON Taman Equine Shopping Centre blog

Jual Jonkong Emas dan Tukarkan kepada TUNAI di Jewel Cafe Aeon Taman Equine

July 26, 2020
 

Selamat datang ke blog kami~~

 

Mari kita sama-sama menjaga kebersihan, kekalkan jarak sosial antara satu sama lain, keraplah membasuh tangan dan jangan lupa memakai topeng pelitup muka~~

 

Waktu beroperasi kami adalah seperti berikut:

Ahad sampai Khamis : 10.00a.m ~ 9.00p.m

Jumaat sampai Sabtu : 10.00a.m ~ 10.00p.m

 

ANDA TAHU APA ITU JEWEL CAFE?

 

Jewel Cafe merupakan sebuah Kedai Kitar Semula No. 1 Japan yang mempunyai lebih dari 200 buah kedai di Jepun, Hong Kong, Taiwan, China, Singapura dan juga Malaysia. Di Malaysia sahaja, sudah empat cawangan di buka, di Aeon AU2 Setiawangsa, di Aeon Taman Maluri, Aeon Bukit Raja dan Aeon Taman Equine.

 

ANDA MEMPUNYAI JONGKONG EMAS?

 

Jewel Cafe bukan sahaja membeli barangan kemas yang terdiri daripada K24, K22, K20, K18, K14, K10, atau pun k9, meskipun emas kuning atau emas putih tidak kiralah emas putus, patah, subang hilang sebelah. Kami turut membeli jonkong emas.

 

Anda mempunyai koleksi jonkong emas, dan ingin menjualnya? Anda boleh datang ke kedai kami. Pemberian harga semuanya berdasarkan kepada ketulenan, ketumpatan jonkong emas dan susut nilai emas harian.

 

Kedai kami menyediakan perkhidmatan anggaran harga secara percuma. Setiap penilaian akan megambil masa 15minit ke 20minit bergantung kepada kuantiti yang anda bawa.

 

Setiap transaksi yang berjaya kami akan membayar anda dengan bayaran TUNAI.

 

FAEDAH BUAT AHLI JEWEL CAFE

 

Setiap transaksi yang berjaya, akan diberikan kad keahlian. Jewel Cafe menawarkan pelbagai faedah dan rebat antaranya ialah seperti berikut:-

  1. Kad ahli dengan wang tunai tambahan (dengan terma dan syarat)
  2. Tiket barang kemas PERCUMA
  3. BONUS tunai RM30 & RM100 (dengan terma dan syarat)
  4. Kad Jemputan – Pelanggan akan mendapat RM100 percuma untuk menjemput rakan (rakan mesti menjual barang perhiasan dengan harga lebih dari RM300 di Jewel Café)
  5. Cabutan BERTUAH (boleh memenangi wang tunai RM50 & RM100)

Semua faedah tiada tarikh luput!

 

KUNJUNGI KAMI!

 

Jewel Cafe terletak di dalam AEON, tingkat 1 berhadapan dengan AEON ELECTRICAL dan bersebelahan dengan GUARDIAN

page top
page top