AEON Taman Equine Shopping Centre blog

Kami Beli dengan TUNAI Barangan Kemas Tiffany & Co Anda – Jewel Cafe Aeon Taman Equine

October 24, 2020

Hi. Selamat datang ke blog kami~~


Selamat berhujung minggu. Patuhi lah SOP yang telah ditetapkan dalam norma kehidupan baharu kita dan sentiasa memakai pelitup muka separuh anda~~


Anda pernah dengar JEWEL CAFE? Apa itu Jewel Cafe?


JEWEL CAFE


Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No 1 di Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas yang terdiri daripada pelbagai jenis bukan sahaja dari Gred K24 tetapi sehingga Gred K9. Kami membeli emas kuning ,emas putih, suasa, perak, platinum, dan berlian.


Tetapi, kami bukan sahaja membeli barangan kemas, tetapi kami turut membeli barangan berjenama seperti tas tangan, dompet, jam tangan, dan banyak lagi.


BARANGAN KEMAS JENAMA TIFFANY & CO


Jika anda mempunyai koleksi barangan kemas Tiffany & Co dan berhasrat untuk menjual sebahagian barangan kemas anda atau kesemuanya sekali, anda boleh datang ke kedai kami!



Bagi yang khuatir dimanakah boleh menjual emas putih yang dimiliki, anda boleh datang ke kedai kami tanpa ragu-ragu kerana kami beli emas putih.


SERVIS ANGGARAN HARGA PERCUMA


Ya! Kami menyediakan servis anggaran harga secara PERCUMA! Setiap servis akan dilakukan oleh staf-staf kami yang professional. Setiap anggaran mengambil masa antara 15 ke 20 minit bergantung kepada berapa banyak yang anda bawa. Sewaktu proses anggaran sedang dilakukan, minuman ringan dan makanan ringan akan disediakan buat pelanggan.


BAYARAN SECARA TUNAI DAN PELBAGAI FAEDAH DISEDIAKAN


Untuk setiap transaksi yang berjaya, pelanggan akan dibayar secara TUNAI! Bagi pelanggan yang transaksinya berjaya, automatik akan diberi kad keahlian. Pelbagai faedah disediakan buat ahli Jewel Cafe.




LOKASI KEDAI KAMI


Apa tunggu lagi, jom datang ke kedai kami! Kami terletak di dalam Aeon Mall Taman Equine di tingkat atas bersebelahan dengan kedai Guardian.


Waktu beroperasi kami buat masa ini adalah seperti berikut:


Isnin sehingga Ahad : 10.00 a.m – 8.00 p.m


Cuti am : 10.00 a.m – 8.00 p.m

page top
page top