AEON Taman Equine Shopping Centre blog

CUCI EMAS ANDA DI RUMAH

April 18, 2021

Selamat datang ke blog kami~~





Sentiasa ikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan; pakai topeng pelitup muka anda, kekalkan jarak 1 meter, dan kerap membasuh tangan anda.





Mengapa kita perlu mencuci barangan kemas kita?









Pernahkah anda terfikir, barangan kemas yang anda pakai itu benar-benar bersih selepas beberapa waktu? Dan tahukah anda bagaimana caranya untuk kita mencuci barangan kemas kita sendiri di rumah? Mari saya kongsikan mengapa dan bagaimana caranya~





MENGAPA?





Jika kita memakai barangan kemas dalam jangka masa yang agak lama, sudah pasti barangan kemas kita itu kotor. Contohnya gelang emas. Gelang emas yang dipakai di pergelangan tangan, apa yang kita boleh jangka adalah terdedah pada kotoran yang kita hadapi setiap hari. Seperti kerja harian di rumah mahupun di pejabat.

 

Selain daripada itu, rembesan peluh yang dihasilkan di sekeliling gelang emas, berkemungkinan terperangkap pada gelang tersebut. Tidak hairanlah sekiranya gelang yang dibeli pada awalnya berkilauan indah dan setelah dipakai, lama kelamaan bertukar pudar.





Tahukan anda, semudah ABC sahaja untuk mencuci barangan kemas anda kerana semua bahan-bahan yang diperlukan senang untuk kita dapati di rumah. Mari saya kongsikan cara-caranya~





CARA MUDAH CUCI BARANG KEMAS DI RUMAH





BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:





– Bekas untuk rendaman





– Air panas suam suku





– Pencuci pelembut baju ataupun pencuci Sunlight





– Berus gigi





CARA-CARANYA





1- Ambil sedikit cecair pencuci, bancuh di dalam bekas rendaman yang telah dituang air panas suam tadi.





2- Kemudian masukkan semua barangan kemas yang ingin dicuci. Kacau dan biarkan selama 1 – 2 jam. Sebaiknya biarkan lebih lama.





3- Sebelum dibilas, ambil berus gigi yang masih elok, kemudian berus segala kotoran yang masih tertinggal ataupun pada bahagian yang sukar dibersihkan.





4- Bilas dan lap sehingga kering. Barangan kemas anda akan kelihatan berkilauan cantik.





Selain daripada itu, anda turut boleh menggunakan ubat gigi. Apa yang anda perlukan hanya dua barang iaitu;





– Ubat gigi dan





– Berus gigi yang masih elok





Cara-caranya adalah ambil sedikit ubat gigi, dan letakkan di hujung berus gigi, kemudian berus atau gosok pada barangan kemas anda. Selepas itu hanya perlu bilas dengan air bersih. Lap dengan kain lembut sehingga kering.


Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda. Semoga menjelang raya nanti anda memakai barangan perhiasan yang berkilauan.

page top
page top