AEON Taman Equine Shopping Centre blog

KAMI BELI EMAS ANDA TANPA RESIT

April 23, 2021

Selamat datang ke blog Jewel Cafe~


Kekalkan jarak selamat di antara satu sama lain, jaga SOP dan sentiasa memakai topeng pelitup muka anda.


Pernahkah anda terfikir ingin menjual barangan kemas anda yang tersedia ada dan membeli baharu? Tahukah anda kami ada menyediakan perkhidmatan pembelian barangan kemas. Jom saya kongsikan.



JEWEL CAFE AEON TAMAN EQUINE


Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No 1 di Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas seperti rantai tangan, rantai leher, cincin, loket, dan banyak lagi samaada ia dari emas kuning, emas putih, dan platinum. Selain daripada itu, kami turut membeli berlian dan juga perak.


Anda khuatir resit anda hilang?


Jangan risau. Kami masih boleh membelinya meskipun resit anda sudah hilang. Apa yang anda perlu buat hanyalah datang ke kedai kami dengan barangan kemas yang anda ingin jual.


PENILAIAN HARGA


Harga emas bergantung kepada harga mentah emas harian. Selain daripa itu, ketulenan emas turut memainkan peranan dalam pemberian harga. Contohnya, emas 916 atau dalam kata nama lain K22, untuk barangan kemas yang telah dicop 916 perlulah keluar K22 bagi ketulenannya.


Servis penilaian harga yang diberikan oleh kami adalah secara PERCUMA. Ia akan dilakukan oleh staff kami yang profesional. Sementara proses sedang berlangsung, pelanggan akan disediakan dengan makanan dan minuman ringan. Setiap proses mengambil masa 15 ke 20 minit bergantung kepada berapa jumlah barangan yang dibawa.


BAYARAN TUNAI


Sekiranya anda memiliki barangan kemas yang hilang sebelah, putus, ataupun barang perhiasan yang telah patah seperti patung emas dan lain-lain, kita masih boleh membelinya.


Untuk setiap pembelian yang dibuat, bayaran secara TUNAI akan dilakukan.


LOKASI DAN WAKTU OPERASI


Kami terletak di dalam Aeon Shopping Mall Taman Equine, ground floor bersebelahan dengan Kedai Guardian. Waktu beroperasi kami adalah seperti berikut;


BUKA: 10:00 a.m – TUTUP: 10:00 p.m (Termasuk Cuti Am)

page top
page top