Faktor-faktor yang Mempengaruhi Nilai Jualan Semula (Resell Value) Jam Tangan Mewah | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: February 16, 2021

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Nilai Jualan Semula (Resell Value) Jam Tangan Mewah | JEWEL CAFÉ Malaysia

Dalam proses menilai jam tangan berjenama seperti Rolex dan Omega, nilai jualan semula bergantung kepada polisi yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat. Kadangkala jam tangan yang kondisi yang tidak begitu bagus boleh mendapat harga jualan semula yang tinggi begitu juga sebaliknya. Selain itu, terdapat juga kes dimana jam tangan terkenal dan berjenama ini mempunyai nilai jualan yang sangat rendah walaupun harga beliannya mahal.

Mengapa terdapat perbezaan nilai jualan meskipun jam tangan mewah ini terdiri daripada jenama yang sama dan terkenal? Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga jualan semula sesuatu barang. Didalam artikel ini kami jelaskan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi nilai jualan semula dan diharap artikel ini dapat menjadi rujukan kepada semua pembeli dalam mengurangkan kos kerugian. Walau bagaimanapun, garis panduan ini adalah secara umum dan bukannya mewakili mana-mana syarikat.

4 Faktor yang Mempengaruhi Nilai Jualan Semula

1. Badan jam tangan dalam keadaan baik atau tidak.

Terdapat banyak kes dimana dua jam yang sama jenama dan model tetapi mempunyai nilai jualan semula yang berbeza. Antara sebab terjadinya sedemikian adalah :
o Jam sudah tidak berfungsi atau kehabisan bateri
o Tidak melakukan penyelenggaraan baik pulih
o Aksesori hilang
o Terdapat calar pada badan jam tangan
o Dan lain-lain.

Tidak seperti jam-jam biasa, kebanyakan jam berjenama seperti Rolex, Omega dan lain-lain mempunyai nilai jualan semula walaupun ianya sudah rosak. Walaubagaimanapun, ianya akan menyebabkan nilai jualan semula berkurangan kerana jam yang telah rosak memerlukan kos untuk baik pulih. Dalam pada itu, nilai jualan yang rendah selalu dipertikai oleh pelanggan kerana pada pandangan pelanggan jam tangan yang berjenama mempunyai nilai jualan yang tinggi walhal tanggapan ini adalah salah. Jam tangan yang tidak mempunyi aksesori yang lengkap dan dalam keadaan tidak baik tidak mempunyai nilai jualan semula yang sebegitu tinggi. Dalam konsep membeli barangan berjenama pelanggan lebih tertumpu untuk memuaskan keinginan. Oleh sebab itu, pelanggan akan memilih untuk membeli barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik berbanding yang sudah calar dan hilang aksesori.

2. Adakah model tersebut terkenal untuk jenamanya

Setiap jenama mengeluarkan pelbagai produk. Sebagai contoh, jam tangan Rolex mempunyai pelbagai jenis jam tangan seperti Submariner, Daytona, Datejust dan lain-lain. Oleh sebab itu, terdapat beberapa jenis jam tangan Rolex yang terkenal dan juga ada beberapa jenis yang tidak terkenal. Untuk jenis jam tangan yang terkenal, nilai jualan semula lebih tinggi manakala jenis jam tangan yang tidak terkenal nilai jualan semula agak rendah walaupun jam tangan tersebut daripada jenama mewah.

Selain itu, populariti bersamaan jumlah pengeluaran. Ini bermaksud jumlah pengeluaran yang tinggi disebabkan oleh populariti jam tangan tersebut. Untuk mengetahui model jam tangan yang terkenal, cara yang paling mudah adalah mencari jenama dan model di laman sesawang “Yahoo Auction”. Model yang paling banyak sedang dijual atau telah dijual menandakan ianya terkenal dan juga sebaliknya.

3. Kuasa jualan pembeli

Dalam proses pembelian jam tangan terpakai, tempoh untuk menjual semula jam tangan memainkan peranan yang penting kerana pembeli hanya akan mendapat untung sekiranya jam tangan dapat dijual semula. Oleh sebab itu, jam tangan terkenal mempunyai nilai jualan semula yang tinggi disebabkan lebih cepat terjual berbanding jam tangan yang tidak terkenal. Selain daripada itu, pembeli juga sanggup menaikkan nilai jualan semula dan mengurangkan margin keuntungan memandang jam tangan terkenal cepat terjual.

Syarikat yang menggunakan dua tatacara jualan iaitu laman sesawang dan kedai mempunyai kuasa jualan yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, lokasi kedai yang strategik juga dapat mempengaruhi kuasa jualan kerana ianya akan lebih tertumpu untuk mendapat langganan yang lebih besar daripada pelanggan sekaligus kuasa jualan kedai akan meningkat.

4. Margin keuntungan

Dalam menentukan nilai jualan semula, ia perlu berdasarkan polisi yang telah ditetapkan oleh syarikat. Ini kerana polisi ini perlu diajadikan rujukan untuk menetapkan margin keuntungan dalam membeli sesebuah jam tangan terpakai. Walaupun faktor ini adalah bukanlah faktor utama tetapi pelanggan perlu memahaminya kerana keuntungan adalah teras untuk meneruskan perniagaan.

Syarikat berskala besar mempunyai kos perbelanjaan yang tinggi tetapi mereka mampu memawarkan nilai jualan semula yang tinggi kerana kuasa jualan mereka lebih banyak dan pelbagai. Walaubagimanapun, syarikat tidak berskala besar juga mampu menawarkan nilai jualan semual yang tinggi sekiranya kuasa jualan juga tinggi. Selain itu, margin keuntungan adalah keutamaan setiap syarikat dimana ia akan mempungaruhi nilai jualan semula.

Faktor – faktor yang telah dijelaskan boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelanggan sekiranya untuk membuat ramalan awal sebelum menjual jam tangan berjenama. Ini akan membantu pelanggan untuk lebih memahami dan mengetahui cara nilai jualan semula ditentukan

For expensive purchase of Watch items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!