Imej jenama apakah yang dapat membantu anda mendapatkan jam tangan mewah yang pertama? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: March 8, 2021

Imej jenama apakah yang dapat membantu anda mendapatkan jam tangan mewah yang pertama? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Apabila membeli jam tangan mewah yang pertama seperti Rolex atau Omega, anda mungkin gementar dan keliru untuk memilih salah satu. Jika semua orang dapat memahami maksud dan konsep jam tangan mewah, bahkan mengetahui jenama sesuatu jam tangan ianya adalah sesuatu yang baik. Kebanyakan orang berminat untuk pergi ke kedai jam dan berkata “saya ingin memberi penghargaan kepada diri sendiri setelah bekerja keras, jadi saya mahukan jam tangan mewah yang sesuai.” Kami berpendapat kebanyakan orang mungkin membeli untuk kali pertama tanpa menyedarinya. Selain itu, ianya juga dibeli sebagai hadiah perkahwinan atau hari lahir.

Jadi, kami ingin berkongsi jenama apa, imej yang bagaimana dan orang yang bagaimana sesuai untuk sesebuah jam tangan. Sila ambil maklum bahawa ia hanyaalh sebuah rumusan daripada apa yang sering diperkatakan.

Imej jam tangan mewah dari empat jenama utama

1. Rolex adalah jenama klasik

Rolex menguasai hampir 50% jualan jam tangan mewah. Jenama ini tidak dikenali oleh sesetengah orang. Walaubagaimanapun, untuk mendapat tempat pertama bagi jam tangan mewah, kami berpendapat tiada jenama lain yang lebih baik berbanding Rolex. Ianya sangat sinonim dengan jam tangan mewah.

Selain itu, ianya juga mempunyai banyak model yang berbeza seperti, Daytona, Submariner untuk penyelam, Explorer, dan juga Datejust, yang mempunyai kadar pemilikan yang tinggi dikalangan wanita.

Ciri khas jenama Rolex bukan sahaja lasak dan boleh dipercayai, tetapi juga sangat terkenal dikalangan peminat jam tangan.

Walaupun ianya adalah jam tangan terpakai, kebanyakan mereka mahu memiliki model yang mereka idamkan, walaupun sesetengah model telah dihentikan pengeluarannya dan agak susah untuk dibeli, atau model yang pengeluarannya adalah sedikit, biasanya harga akan lebih tinggi berbanding jenama lain. Ciri utama Rolex adalah nilai kemampuannya sukar dikurangkan bagi mengekalkan nilai.

2. Cartier mempunyai kelebihan jenama barang kemas yang unik

Cartier mungkin jenama pertama yang disenaraikan sebagai jenama jam tangan kesukaan wanita. Ianya terkenal kerana mempunyai sejarah yang panjang melebihi 150 tahun dan merupakan jenama perhiasana mewah yang terkenal, jadi ianya mempunyai nilai kemewahan, tetapi tidak hairanlah jika ianya sangat terkenal dikalangan wanita. Selain itu, ianya tidak hanya kerana direka sebagai perhiasan, tetapi juga kerana pencapaian yang luar biasa dalam peyelidikan dan pembangunan mesin jam tangan dalam beberapa tahun terakhir, kebolehpercayaan sebagai jenama jam tangan juga telah disahkan.

Reka bentuknya seperti bingkai yang bergaya, bentuk yang unik, tali yang sempurna, dial yang klasik dan anggun serta bezel dengan berlian kasual. Ianya terkenal dikalangan wanita seperti Rolex, tetapi lelaki moden juga turut berminat dengan fesyen, jadi terdapat banyak reka bentuk pintar untuk membezakannya dengan jam tangan lelaki. Anda boleh ketengahkan fesyen untuk membuat pilihan yang unik.

Cartier juga mempunyai reka bentuk bulat seperti Ronde Solo dan Pasha, serta reka bentuk segi empat tepat seperti Tank Louis & Tank Americaine.

3. Di Jepun, Omega adalah pilihan kedua selepas Rolex

Boleh dikatakan Omega adalah jenama terkenal di dunia, terutamanya bagi golongan lelaki di Jepun. Ianya adalah jenama kedua yang terkenal di Jepun selepas Rolex, dan harganya juga lebih berpatutan berbanding Rolex. Biasanya, ia dianggap jenama pilihan kedua.

Jika anda ingin mengetahui ciri ciri Omega, ianya telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik sebagai penjaga masa yang rasmi. Angkasawan Amerika, Buzz Aldrin memakai model Speedmaster ditangan semasa pendaratan pertama di bulan pada tahun 1969. Imej jam tangan penyelam yang dipakai oleh James Bond yang dilakonkan Pierce Brosnan dan Seamaster yang dilakonkan Daniel Craig dikatakan meningkatkan kesedaran pergerakan dan digunakan didalam adegan romantik, disamping meningkatkan populariti jenama.

Disamping itu, fungsi teknologi tinggi Move And turut menyokong imej jenama Omega, yang pada mulanya mencapai keputusan terbaik didalam pertandingan ketepatan jam yang digelar Observatary Competition. Pada 1999, mesin baru Co-Axial yang dihasilkan oleh pembuat jam tangan Goerge Daniels diambil. Didalam mesin tersebut, ketelitian yang tinggi sangat dititkberatkan. Selain itu, sebagai contoh pengurangan bahagian besi yang mungkin bersifat magnetik apabila ada pergerakan dan peningkatan “jam tangan anti-magnetik” semakin terkenal bukan hanya dalam kalangan orang muda tetapi juga mereka yang meminati jam tangan atau pemngumpul jam tangan.

4. Kebanyakan memilih BVLGARI kerana reka bentuk

BVLGARI adalah jenama perhiasan Itali sama seperti Cartier. Disebabkan jenama ini sangat terkenal di Rom, Itali, jadi ianya mempunyai sejarah pembuatan jam tangan yang panjang dan baru sahaja menyambut ulangtahun ke-100 dalam pembuatan jam tangan. Kebanyakan orang membeli dari jenama itu sendiri. Jenama ini juga mempunyai ciri-ciri utama yang mewah dan bergaya.

Reka bentuknya lebih bersifat keperibadian berbanding Cartier. Berdasarkan model yang berbeza, beberapa gaya akan menggunakan batu berwarna dalam kuantiti yang besar, dan mempunyai kelebihan reka bentuk. Jadi, ianya sesuai untuk mereka yang ingin tampil dengan yakin.

Kedua, komitmen terhadap pergerakan(mesin) yang lebih nipis dan berketepatan tinggi. Bvlgari telah menerapkan siri ultra-nipis yang dikenali Octo Finissimo dan kebolehan pembangunannya telah terbukti. Selain daripada reka bentuk ultra-nipis, terdapat juga reka bentuk lain yang turut menggunakan mesin yang sama. Antaranya, bingkai tiga dimensi yang terlalu unik dengan struktur permukaan 110 yang bukan hanya direka tetapi turut mempunyai kekuatan teknikal yang tinggi, dimana dapat memperkukuhkan imej jenama.

Apa yang anda fikir?

Kami mungkin hanya merumuskan apa yang akan dipilih dan jenis imej apakah sesuatu jenama itu miliki. Tetapi, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Terima kasih kerana membaca.

For expensive purchase of Watch items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!