Bagaimana menukar cermin jam tangan? Apakah perlindungan angin? Apakah jenisnya? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: May 20, 2021

Bagaimana menukar cermin jam tangan? Apakah perlindungan angin? Apakah jenisnya? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Terdapat beratus jenis perlindungan angin untuk melindungi permukaan jam tangan. Setiap jenis kaca mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai untuk pelbagai jenis jam tangan, jadi harga juga terdapat yang murah dan mahal. Bergantung kepada jenis kaca, kos penukaran cermin depan adalah sangat berbeza, jadi adalah sangat penting untuk mengetahui kaca jenis apa yang digunakan untuk jam tangan anda. Berikut adalah pengenalan terperinci mengenai jenis dan ciri-ciri perlindungan angin, kaedah penggantian dan langkah berjaga-jaga.

Apakah perlindungan angin?

Apa yang disebut dengan “perlindungan angin” adalah istilah kepada kaca yang melindungi permukaan”, yang mana terdapat dalam pelbagai jenis. Secara kasar, ianya boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Mula-mula, perkenalkan jenis dan ciri-ciri kaca.

Kaca akrilik

Kaca akrilik juga dikenali sebagai “plexiglass”, yang diperbuat daripada plastik lutsinar atau resin sintetik. Oleh kerana bahannya adalah plastik, kadangkala ianya disebut sebagai “plastik tahan angin”. Daya ketahanan bagi kekerasan MOH dibahagikan kepada sepuluh gred kekerasan mineral. Daya tahannya adalah 2. Kaca akrilik mempunyai kelebihan dimana pemprosesannya adalah mudah, ringan, kekuatan yang tinggi dan tidak mudah pecah walaupun diproses menjadi reka bentuk yang nipis. Secara umumnya, kekuatan kaca yang diperkuat dan perlindungan angin selalunya dibuat dalam bentuk busur. Tetapi, sekali lagi bahan resin masih mempunyai kekurangan seperti mudah calar dan perubahan warna disebabkan sinar ultraviolet. Walau bagaimanpun, jika calarnya hanya kecil, ianya dapat dihilangkan hanya dengan kisaran dan gilapan. Yakinlah.

Kaca Mineral

Kaca mineral, juga dikenali sebagai “kaca bukan organik”, adalah bahan yang selalu digunakan pada jam tangan dan kebanyakan jam tangan juga menggunakannya. Terdapat juga kaca mineral yang diperkuatkan khas seperti kaca kristal dan Hardlex. Kaca kristal diperbuat dengan menambah oxida plumbum kedalam kaca mineral. Disebabkan oleh kejelasan dan indeks biasan bertambah baik, ia membuatkan kaca kelihatan seperti kilatan kristal. Kelebihannya adalah, ianya senang diproses, tetapi juga mempunyai kekurangan dimana ianya mudah calar dan kehilangan sudut. Didalam kekerasan MOH, kekerasan kaca mineral adalah diantara 3 dan 6. Hardlex adalah kaca yang diperbuat oleh SEIKO menggunakan teknologi ekslusif. Disebabkan tiada maklumat terperinci seperti pendedahan kekerasan, tidak ada jalan untuk mengetahui nilai yang tepat; kekerasannya adalah beberapa kali kaca kristal.

Kristal nilam

Kristal nilam adalah berbeza daripada kristal semula jadi kerana diperbuat secara buatan, tetapi kekerasan MOH adalah 9. Walaupun kristal nilam juga disebut “kaca nilam”, ianya tidak dipanggil kaca, tetapi mineral yang dipanggil “corundum” yang diperbuat daripada alumina sebagai bahan mentah utama. Kelebihan utamanya, ianya keras dan tidak mudah calar. Tetapi bahan yang keras juga mempunyai keburukan. Jika dibandingkan dengan kaca mineral dan kaca akrilik, kaca nilam adalah lebih susah untuk diproses. Oleh itu, jarang sekali kaca nilam diproses di pasaran, dan kebanyakannya adalah pelindung cuaca yang diproses rata. Selain itu, ianya selalu digunakan pada jam tangan mewah kerana harganya yang mahal.

Bagaimana memilih kaca dan pelindung angin yang sesuai pada sesebuah jam tangan

Kami telah memperkenalkan tiga jenis kaca untuk perlindungan angin, dan apabila jam tangan dibuat, ianya dipilih mengikut ciri-ciri kaca yang berbeza. Harganya agak murah, kaca mineral selalunya digunakan pada jam tangan yang berharga murah; kaca nilam yang mahal kebiasaannya digunakan pada jam tangan mewah. Jika ingin menghasilkan citarasa retro didalam reka bentuk anda, biasanya cermin depan berbentuk busur digunakan, jadi kebanyakan jam tangan ini akan menggunakan kaca depan berbentuk busur yang diperbuat daripada kaca akrilik.

Kaedah penggantian pelindung angin

Oleh kerana penggantian pelindung angin akan dilakukan oleh kedai membaiki dan syarikat pengeluar jam tangan, ianya sukar untuk orang biasa mendapat peluang mengetahui bagaimana mengantikannya.

Seterusnya, kami akan berkongsi langkah untuk menggantikan pelindung angin.

1. Buka Penutup Belakang (Back Case)

Mulakan dengan membuka/menanggalkan penutup belakang. Ini untuk menghilangkan pergerakan dan dial, tetapi selepas membuka penutup belakang, pastikan “crown” dilepaskan terlebih dahulu dan kemudian lepaskan pergerakan dan dial. Jika “crown” tidak dilepaskan terlebih dahulu, ianya mungkin akan rosak.

2. Keluarkan Pelindung Angin

Setelah pergerakan dan dial berjaya dilepaskan, penggantian pelindung angin dapat dijalankan. Oleh kerana cermin dipasang dari dalam, ianya dapat dikeluarkan dengan menekan permukaan kaca dari dalam. Jika tidak dapat dikeluarkan walaupun telah ditekan dengan jari, anda perlu menggunakan peralatan khas.

3. Pasang Pelindung Angin

Setelah mengeluarkan cermin depan yang lama, inilah masanya untuk memasang cermin depan yang baru. Terdapat dua cara untuk pemasangan; penyisipan tekanan atau pemasangan dengan pelekat. Untuk penyisipan tekanan, kaca penekan digunakan untuk menyisip kaca depan dari luar. Kaedah ini selalunya digunakan untuk jam tangan bulat. Jam tangan bersegi biasanya dipasang dengan pelekat. Selepas memasang pelindung angin, ikut langkah sebelumnya secara terbalik, pertama pasangkan dial dan pergerakan, dan akhirnya tutup kembali penutup belakang dan anda sudah selesai.

Langkah berjaga-jaga semasa penggantian

Walaupun kita menghantar jam tangan ke kedai membaiki jam tangan dan syarikat pengeluar jam tangan untuk menggantikan pelindung angin, kita masih perlu memberi perhatian terhadapnya.

Pertama sekali, adakah ianya perlu diganti?

Jika pelindung angin sudah retak dan terdapat kesan calar yang teruk, sudah semestinya ianya perlu ditukar; tetapi jika kaca akrilik hanya terdapat sedikit calar, ianya boleh digilap untuk menghilangkan kesan calar, dan tidak semestinya pelindung angin perlu ditukar.

Perhatikan hal ini, kerana kebanyakan jenis kaca telah diberhentikan pengeluaran, jika ianya adalah jam tangan lama atau seumpanya, ia berkemungkinan tidak dapat dibaiki.

Anda mungkin berhajat untuk membawa jam tangan anda untuk dibaiki di kedai jam tangan untuk memastikan keadaan jam tangan, dan bertanya sama ada perlu ditukar atau digilap?

Jika anda perlu menukarkannya, anda perlu memastikan jika kedai membaiki dapat membantu untuk penggantian atau bertanya pada syarikat pengeluar untuk penggantian.

Jika ianya dihantar ke kedai jam tangan biasa, ianya mungki dihantar kepada syarikat pengeluar untuk proses penggantian, tetapi jika kedai membaiki mempunya stok kalis cuaca, ianya boleh digantikan sendiri oleh mereka walaupun tidak dihantar kepada syarikat pengeluar.

Apabila diganti oleh syarikat pengeluar, ianya akan mengambil masa sekurangnya dua minggu untuk pemeriksaan seperti ujian kalis air dan pengesahan operasi berikutnya. Walaupun tidak mudah untuk mencari kedai untuk menggantikan jam tangan mewah, jika ianya jenis kalis cuaca yang biasa terdapat di pasaran, anda masih boleh bertanya jika sesebuah kedai itu boleh membuat penggantian.

Asas penggantian

Apabila penggantian pelindung angin dibuat oleh kedai membaiki jam tangan, walaupun sudah mengetahui kos penggantian, tetapi ianya mungkin akan berbeza bergantung kepada jenis kaca yang digunakan. Sebut harga di setiap kedai juga turut berbeza, dan disyorkan untuk membandingkan harga terlebih dahulu. Sesetengah kedai akan mengasingkan kos kaca daripada kos baik pulih, dan sesetengah kedai akan mengira semua kos, keadaan ini harus diberikan perhatian.

Kesimpulan

Terdapat tiga jenis kca yang digunakan untuk pelindung angin. Kami memperkenalkan langkah penggantian pelindung angin dan langkah berjaga-jaga yang jarang diketengahkan, dan lain-lain. Kami berharap pengetahuan berguna apabila anda ingin menggantikan pelindung angin. Sudah tentu, adalah lebih baik jika jam tangan yang mahal tidak tercalar, tetapi jika kaca tersebut rosak dan sedikit tercalar, ianya adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan dipakai dengan cermat. Jika anda mengetahui jenis kaca ynag digunakan, anda boleh membuat anggaran berapa kos penggantian dan bersedia secara mental!

For expensive purchase of Watch items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!