PANTANG LARANG YANG PERLU ANDA TAHU DALAM PENGGUNAAN JAM TANGAN MEWAH | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: February 15, 2021

PANTANG LARANG YANG PERLU ANDA TAHU DALAM PENGGUNAAN JAM TANGAN MEWAH | JEWEL CAFÉ Malaysia

Jewel Café merupakan tempat membeli barangan berjenama. Sangat mengejutkan apabila terdapat banyak ulasan atau komen mengenai ketidakpuasan harga ketika membeli sebuah jam tangan mewah. Apakah sebenarnya kesulitan yang akan di hadapi kepada individu di dalam penggunaan jam tangan mewah?

Ketika anda membeli jam tangan berjenama mewah seperti Rolex, Omega dan sebagainya, selalunya penjual akan menerangkan beberapa cara untuk menggunakan jam tangan tersebut. Walaubagaimanapun, perasaan teruja anda ketika membeli akan membuatkan anda tidak mendengar secara baik tentang penjelasan yang diberikan oleh penjual. Lama kelamaan anda akan melupakan hal tersebut. Bagi jam tangan berjenama mewah, ia mungkin akan rosak walaupun dengan kesalahan yang kecil dan ia memerlukan kos membaik pulih yang tinggi. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, anda perlu tahu iaitu “Perkara Tidak Seharusnya Dilakukan” dalam kehidupan seharian anda. Di bawah merupakan perkara yang perlu anda tahu untuk mengatasi masalah tersebut.

1-Tempat penyimpanan jam tangan anda perlu di beri perhatian! Pelbagai masalah akan timbul sekiranya jam tangan anda mempunyai “kesan magnet”.

“Kesan Magnet” bermaksud satu fenomena dimana akan menjejaskan ketepatan jam yang dipengaruhi oleh medan magnet luaran. Sebagai contoh, komponen besi terdapat dalam pembuatan telefon pintar dan computer. Tambahan pula, sarung telefon pintar, beg, peralatan rumah juga memancarkan medan magnet dari tempat yang tidak dijangka. Berhati-hati jugak dengan peranti elektronik. Jika boleh jangan dekatkan jam tangan anda dengan barangan seperti ini kerana ia akan menjejaskan ketepatan jam tangan anda.

Ada satu perkara yang boleh dilakukan iaitu jangan meletakkan jam tangan anda terlalu dekat dengan komputer. Jika hanya seketika tidak mengapa. Pastikan anda menjaga jarak antara computer dengan jam tangan anda sekurang-kurangnya 5cm. Apa sahaja perkakas elektrik terdapat bahagian kecil medan magnet. Perlu diingat bahawa barangan elektrik di rumah seperti telefon, TV, pengering rambut dan pisau cukur mempunyai medan magnet walaupun lemah.

Bagaimana untuk memastikan sama ada jam tangan anda mempunyai kesan magnet atau tidak? Hal ini kerana cas magnet tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Cara yang mudah untuk mengenalpasti adalah dengan dekatkan jam tangan anda dengan barangan seperti di atas. Jika jarum jam tangan anda tidak bergerak bermakna jam tangan anda bebas dari keasan magnet dan jika jarum jam tangan bergerak bermaksud sebaliknya. Jika anda pasti jam tangan anda mempunyai kesan magnet, anda perlu membawa segera jam tangan anda ke pusat servis sebelum ia menjadi lebih teruk. Sekiranya jam tangan anda mempunyai cas magnet sedikit sahaja jadi ia akan pulih sendiri dalam jangka masa yang pendek.

2-Air merupakan musuh utama jam tangan anda walaupun ia “kalis air”

Jam tangan yang di hantar untuk dibaiki biasanya disebabkan oleh masalah berkaitan dengan air. Kalis air tidak bermaksud jam tangan anda juga tahan terhadap air panas. Air biasa tidak sama dengan air panas. Air panas mempunyai haba. Jika jam tangan anda direndam ke dalam air panas, ia akan menyumbang kepada proses pemeluwapan. Permukaan di bawah jam kelihatan seperti berwap dan lama kelamaan akan menyumbang kepada proses pengkaratan. Jam tangan mahal sudah semestinya kalis air tetapi masih perlu berjaga-jaga jika memakai jam tangan sewaktu mandi.

Jika jam tangan anda direndam ke dalam air biasa bukan air panas, risiko air memasuki ke dalam jam tangan anda masih tinggi. Untuk mengelakkan hal in berlaku, anda boleh mengetatkan mahkota selepas menyesuaikan injap pelindung (escape valve) jam tangan anda. Hal ini akan mengelakkan jam tangan anda dimasuki air.

3-Bahaya jika tidak mengikut waktu operasi kalendar dengan betul apabila menukar tarikh

Bagi jam tangan mekanikal, terdapat zon waktu yang disebut zon waktu larangan untuk operasi kalendar. Selama 8 jam iaitu dari 8 malam hingga 4 pagi, gear dalam pergerakan berada dalam keadaan menukar paparan tarikh. Sekiranya anda mengubah mahkota jam tangan anda di zon waktu ini, ia boleh menyebabkan kerosakan besar pada jam tangan anda. (Zon waktu mungkin berbeza bergantung pada pembuatnya dan mungkin dipendekkan, jadi anda perlu rujuk buku arahan. Pada kebiasaanya zon waktu adalah 8 jam.)

Secara strukturnya, permukaan untuk bilangan tarikh ditulis dalam piring berbentuk cincin dan jaraknya adalah sama rata. Terdapat gear lain yang disebut “roda tarikh” yang berperanan untuk menggerakkannya. Tarikhnya diubah apabila kedua-duanya bertemu antara satu sama lain. Bahagian “roda tarikh” yang menonjol mengikat cakera tarikh pada tengah malam yang menyebabkan tarikh bertukar. Penyepit dipasang pada roda gigi yang membuat satu putaran dalam 24 jam untuk “tarikh roda”.

“Zon waktu larangan” adalah mengenai zon waktu ini. Tarikhnya berubah pada tempoh ini. Komponen yang dipanggil “roda tarikh”dan “roda maju cepat” akan bergerak secara serentak dan ini akan mengganggu plat tarikh yang menyebabkan berlakunya masalah. Penyepit akan pecah, dan memerlukan masa yang lama dan harga yang mahal untuk membaikinya. Oleh itu, lebih baik anda mengelak membuat perubahan tarikh semasa zon waktu yang dilarang.

*Baru-baru ini hanya model Breitling Cal.01 dan Rolex Cal.3255 sahaja dicipta boleh mengubah zon waktu pada bila-bila masa sahaja (tiada zon waktu larangan). Sebaiknya anda perlu tahu dahulu fungsi-fungsi yang terdapat pada jam tangan anda sebelum membelinya.

4-Membuat putaran lawan jam pada jam tangan

Apabila ingin melaraskan waktu jam, anda perlu menggerakkan jarum jam tangan anda. Sebaiknya anda perlu menggerakkan jarum jam tangan anda mengikut arah jam. Bagi jam tangan murah mungkin tiada masalah yang akan timbul tetapi bagi jam tangan mewah, menggerakkan jarum jam tangan anda melawan arah jam akan menyebabkan kerosakan dan menjadi tidak terkawal. Jika boleh sila elakkan menggerakkan jarum jam tangan anda mengikut arah lawan jam supaya tiada masalah di masa hadapan.

*Walaubagaimanapun, tidak ada masalah jika jam tangan tersebut perlu mengubah tarikh dengan mengubah jarum jam.

Sebenarnya masih banyak lagi pantang larang yang tidak dapat dilihat selain daripada ketukan atau hentakan yang kuat pada jam tangan. Apa yang dibincangkan adalah perkara yang biasa dilakukan oleh kita sama ada kita tahu atau yang kita tidak jangka. Untuk jam tangan mewah, walaupun dengan masalah kecil, ia akan menyebabkan kita menghadapi masalah kewangan ynag besar. Perlu diketahui perkara ini agar jam tangan dapat digunakan dalam jangka masa yang lama!

For expensive purchase of Watch items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!