AEON Bukit Mertajam Shopping Centre blog

APA ITU EMAS PADU DAN EMAS JENIS HOLLOW?

February 27, 2021

AA

Seiring dengan perkembangan semasa, emas mula mendapat perhatian dikalangan masyarakat umum oleh kerana nilai nya yang tinggi bahkan sesetengah pihak menjadikannya sebagai pilihan untuk melabur dalam jangka masa panjang.

aa

Fokus kita pada hari ini adalah berkaitan dengan emas K22 atau lebih dikenali dengan emas 916. Apabila bercakap soal emas 916 ini, secara tidak langsung kita akan terlintas kepada barangan kemas atau perhiasan diri seperti rantai atau gelang tangan. Bagi emas perhiasan 916 ini, terdapat dua jenis yang dijual dipasaran iaitu emas jenis padu dan emas jenis hollow atau lebih biasa dengan panggilan emas kosong.

a

Emas jenis padu adalah emas yang secara umumnya direka dalam bentuk yang padat. Emas jenis ini mudah untuk dikenal pasti apabila dipegang, dimana kita dapat merasai jenis teksturnya yang kemas dan padat. Emas jenis padu ini lebih tahan lasak, berat dan menjadikan ianya barangan perhiasan yang sesuai untuk digayakan dan digunakan secara harian berbanding dengan emas jenis hollow. Jadi apakah maksud sebenar emas jenis hollow ini?

a

Emas jenis hollow atau kosong ini adalah emas dimana reka bentuknya memerlukan lebih ketelitian dalam pembuatan kerana ia mudah kemek dan patah. Tekstur dan reka bentuknya lebih cenderung kepada jenis yang kembung namun didalamnya kosong. Barangan kemas jenis ini biasanya ringan namun kelihatan besar dan juga tidak sesuai untuk kegunaan harian kerana tidak tahan lasak dan mudah putus.

a

Contoh barangan emas padu :

aa

aa

a

a

Contoh barangan emas hollow :

a

a

a

Jadi, setelah membuat beberapa penilaian terhadap kedua dua jenis emas ini, saya berharap agar para pembaca lebih memahami ciri-ciri yang dimiliki oleh setiap satu emas bagi merancang pembelian anda di masa akan datang.

a

Untuk blog perkongsian seterusnya, saya akan kongsikan nilai jualan semula bagi kedua dua jenis emas ini serta aspek yang diambil kira sewaktu penilaian dilakukan oleh pihak ketiga. Nantikan ya 😉

a

Bagi sebarang pertanyaan tentang penjual emas atau servis yang disediakan oleh JEWEL CAFE, sila hubungi kami di talian yang tertera :

a

04 – 536 0331

A

JEWEL CAFE BUKIT MERTAJAM

page top
page top