AEON Bukit Raja Shopping Centre blog

Tips Mengenali Original Atau Palsu- Prada Bag

December 27, 2020

 

 

 

【新品同様】プラダガレリア2WAYショルダーバッグ三角ロゴゴールド金具サフィアーノ1BA274レディース【ハンドバッグ】

 

 

Sebelum membeli sebuah beg tangan mewah dan berjenama, anda perlulah meneliti dahulu originality beg tangan tersebut bagi mengelakkan diri daripada terbeli beg tangan berjenama mewah tetapi palsu. Ini kerana, beg tangan mewah adalah sesuatu mahal dan ianya merugikan jika anda tersalah beli beg berjenama yang difikirkan asli tetapi sebenarnya hanya tiruan semata.

 

 

Jika anda mahu selamat daripada membeli beg tangan mewah tetapi tiruan semata, anda perlu memastikan kedai atau butik yang ingin dibeli itu adalah daripada sumber yang original dan boleh dipercayai.

 

 

Dibawah antara tips-tips untuk membezakan asli dan palsu bagi sesebuah beg Prada.

 

 

PLAK DIBAHAGIAN DEPAN BEG.

 

 

 

 

 

Fokus pada plak segi tiga yang terletak di bahagian hadapan beg Prada, Prada yang asli memiliki kriteria seperti berikut :-

 

 

  1. Semua sudut di hujung segi tiga adalah membulat
  2. Perkataan ‘PRADA’ ‘MILANO’ ( bukan ‘MILAN’ perkataan ini sering dijumpai pada beg prada yang palsu ) dan ‘DAL 1913’ (bemaksud 1913), semua huruf besar.
  3. Warna Plak mestilah sepadan dengan warna kulit beg
  4. Sedikit lekukan ‘R’ di Prada, yang terletak di mana kaki kanan bersambung dengan huruf itu.
  5. Kaki huruf ‘A’ dibahagian kanan sepatutnya terpacak ke atas.
  6. Kaki kanan ‘A’ lebih tebal daripada kaki kiri
  7. jarak antara huruf ke huruf juga adalah sama rata dan sama lebar
  8. plak kemas dan terurus- tidak senget/condong.

 

 

PLAK DIBAHAGIAN DALAM BEG

 

 

Selain plak di bahagian hadapan/luar beg, Prada juga mempunyai plak di bahagian dalam beg, mempunyai reka bentuk tersendiri dan berlainan mengikut jenis/gaya beg.

 

 

Terdapat dua jenis reka bentuk beg Prada ini. Yang pertama reka bentuk jenis lama biasanya ditulis “Prada Milano Made in Italy” dipaparkan dalam tiga baris ayat. manakala, untuk reka bentuk Prada jenis baru, hanya ada dua baris ayat sahaja “Prada Made in Italy.”

 

 

1121744_1993_9.jpg

 

 

Bagi sesetengah beg Prada, tulisan ‘PRADA MILANO’ dicetak terus bersama beg kulit tersebut seperti gambar diatas.

 

 

Tetapi, ada juga sesetengah beg Prada tulisannya dicetak diatas sekeping kertas kulit yang berbentuk segi empat dan dijahit bersama didalam beg Prada tersebut.

 

 

HARDWARE DAN ZIP YANG BERKUALITI TINGGI.

 

 

プラダPRADAガレリアgalleriaトートバッグ(ショルダー付)1BA896

 

 

Hardware seperti buckles, zippers, metal feet, locks, and buttons adalah sangat penting untuk membezakan antara beg Prada tersebut adalah tulen atau palsu, bagi sesetengah beg yang palsu biasanya menggunakan hardware dan zip yang murah. Dengan itu, zip dan hardware tersebut akan mudah patah dan hilang warnanya walaupun dalam jangka masa yang singkat.

 

 

 

 

Beg Prada yang asli biasakan akan digandingkan dengan hardware yang mahal. Dengan itu, ianya sangatlah berkualiti tinggi diperbuat daripada gold-plated ataupun keluli tahan karat. Hardware beg tidak akan mudah hilang warna serta tidak mudah patah. Selain itu, zip dicetak dengan jenama yang berkualiti dengan kedudukan tulisan cetakkan yang tepat serta mudah dibaca.

 

 

【大感謝祭P7倍以上】【クリスマスCP】プラダ バッグ 1BG271 PRADA トートバッグ 中 横型 チェーンストラップ TESSUTO CHAIN NERO ネロ ナイロンブラック アウトレット【要エントリ】【12/26 2時迄】

Jenama yang dicetak itu mestilah dalam huruf tebal, huruf besar dan pada hardware seperti buckles, zippers, metal feet, locks, and buttons. Tambahan pula, zip yang berkualiti biasanya daripada jenama Lampo, Ykk, Riri, Opti, dan Ipi. Biasanya terletak pada bahagian belakang hardware.

 

 

 

 

LINING 

 

 

 

 

Bahagian dalam beg Prada yang asli biasanya mempunyai perincian yang sama seperti bahagian luarnya. Prada bag dengan rope motif (biasanya diperbuat daripada embossed jacquard nylon fabric or nappa leather), akan tertera, nama ‘PRADA’ ditulis secara mendatar bergantian dengan reka bentuk tali. Nama Prada harus terbalik pada setiap baris lain.

 

 

Prada beg yang asli, huruf ‘R’ tiada lekukan dan huruf ‘A’ tidak akan terpacak ke atas, hanya huruf yang seragam dan mendatar sahaja. Oleh itu, jika anda melihat beg prada yang tidak mengikuti peraturan / format yang sama, ianya adalah palsu.

 

 

LEATHER

 

 

 

 

Kulit lembu, sumber bahan yang biasa digunakan untuk membuat beg Prada kerana ianya adalah berkualiti tinggi dan kenyal, mudah dijaga serta tahan lama. Sekiranya beg itu disertakan dengan kad yang asli, periksa untuk memastikan keterangan mengenai kulit pada kad itu sesuai dengan beg.

 

 

JAHITAN DAN KUALITI KESELURUHAN

 

 

 

 

Secara amnya, jahitan beg prada asli akan dijahit pada sudut sedikit menegak manakala beg palsu dijahit keseluruhannya mendatar.

 

 

JEWEL CAFE MEMBELI BEG TANGAN MEWAH TERPAKAI BERJENAMA PRADA

 

 

Jewel Cafe membeli beg tangan terpakai berjenama Prada secara cash serta merta.

 

 

Penilaian adalah secara percuma! bermula dari pukul 10 am – 5 pm, berlokasi di AEON Shopping Mall in Klang area and Kuala Lumpur area.

 

 

*AEON MALL Bukit Raja (Bukit Raja Shopping Centre)

*AEON MALL Taman Equine (AEON Taman Equine Shopping Centre)

*AEON Taman Maluri Shopping Centre (AEON Style Taman Maluri)

*AEON MALL AU2 Setiawangsa (AEON)

FREE ESTIMATION! TRADE IN YOU PRE LOVED PRADA BAG FOR INSTANT CASH!

 

 

 

page top
page top