AEON Bukit Raja Shopping Centre blog

TIPS PENJAGAAN JAM TANGAN MEWAH

February 9, 2021

JEWEL CAFE KEDAI MEMBELI BARANGAN BERJENAMA TERPAKAI!


Hampir setiap orang di antara kita memakai jam tangan untuk mengetahui waktu semasa. Tetapi, berapa ramai di antara kita yang tahu cara yang betul untuk menjaga jam tangan agar tidak mudah rosak dan dapat digunakan secara optimum dan tahan lama. 

Berikut kami kongsikan beberapa tips bagaimana untuk menjaga jam tangan anda:

1. KETAHUI TAHAP KALIS AIR JAM TANGAN ANDA

Tahap kalis air merujuk kepada darjah ketahanan jam tangan anda terhadap air. Jam tangan daripada jenis dan jenama yang berlainan mempunyai tahap kalis air yang berlainan. Secara amnya, semakin tinggi tahap kalis air sesuatu jam, maka semakin tinggi tahap ketahanan jam tangan anda untuk dioperasikan di persekitaran yang berair dan sebaliknya.

Jadi, gunakan jam tangan anda mengikut kemampuannya. Sekiranya jam tangan anda mempunyai tahap kalis air 10 meter sahaja, maka anda semestinya tahu bahawa jam tangan anda tidak boleh dibawa untuk sebarang aktiviti scuba/menyelam!

2-PASTIKAN JAM TANGAN DISIMPAN TEMPAT YANG BETUL

Memang mudah untuk mencampakkan jam ke dalam laci sebelum tidur tetapi ia akan menyebabkan calar-calar yang tidak anda ingini. Gunakan uncang kain atau kotak simpan jam yang direka khusus untuk fungsi itu.

Jika anda mempunyai jam jenis automatik, gunakan alat “winder” yang berbentuk seperti lengan anda dan sentiasa bergerak untuk memastikan anda tidak perlu membuat tetapan (set) waktu setiap kali anda mahu menggunakannya.

3-KERINGKAN PELUH PADA JAM TANGAN ANDA

Kandungan garam dalam peluh anda boleh menyebabkan hakisan / pudar warna pada permukaan belakang jam tangan anda dalam jangka masa panjang.

Seeloknya, jam tangan perlu dikeringkan dengan kain lembut selepas setiap kali digunakan dan disimpan di tempat yang kering dan selamat bagi mengelakkan sebarang hakisan dan juga pudar warna pada permukaan jam tangan anda.

4-JAM TANGAN SENTIASA DALAM KEADAAN BERSIH

Tidak ada jam yang boleh tahan debu, kekotoran dan daki kulit dan kerana itu jam perlu dibersihkan setiap beberapa bulan, bergantung kepada kekerapan penggunaan anda dan cara penggunaan.

Jika jam anda kalis air, gunakan berus gigi dan air yang bersabun (guna sabun untuk tangan, bukan sabun Cap Kapak). Jika jam anda menggunakan tali kulit, jangan kenakan ia pada air langsung kerana ia akan berkedut dan nampak hodoh.

5-ELAKKAN JAM TANGAN ANDA DARIPADA TERHEMPAS

Kebanyakan jam tangan yang kita gunakan tidak mempunyai “shock resistant” ataupun kalis hentakan. Justeru, sekiranya jam tangan anda selalu terhempas ke atas permukaan lantai simen / batu, dikhuatiri bahagian enjin dalaman jam tangan anda akan mengalami kerosakan yang boleh menyebabkan jam tangan anda gagal berfungsi seperti yang sepatutnya.

Setiap jenis jam tangan mungkin mempunyai cara penjagaan yang berbeza mengikut jenamanya yang tersendiri. Dengan tips yang dikongsikan di atas semoga dapat membantu anda dalam penjagaan jam tangan anda di masa akan datang.

page top
page top