AEON Bukit Raja Shopping Centre blog

LANGKAH MUDAH BERSIHKAN BARANG KEMAS ANDA DI RUMAH!

February 13, 2021

JEWEL CAFE KEDAI MEMBELI BARANGAN BERJENAMA TERPAKAI!


Selamat tengah hari dan terima kasih kerana mengunjungi Blog Jewel Cafe.

Hari ini kami di Jewel Cafe ingin berkongsi dengan anda langkah-langkah mudah untuk cuci barang kemas anda hanya di rumah.

5 LANGKAH CUCI BARANG KEMAS ANDA

  1. Rendamkan dahulu barang kemas dengan air suam, tuang sunlight ke dalam bekas air suam tadi dan biarkan selama 1/2 jam.


  2. Selepas itu, anda boleh gosok kotoran yang melekat pada barang kemas tersebut.


  3. Berus dengan menggunakan berus gigi yang elok. Jangan guna berus gigi lama yang sudah kembang, kerana berus gigi begitu susah untuk menanggalkan kotoran yang melekat.


  4. Langkah terakhir, selepas diberus, bilas barang kemas dengan air biasa dan rendam semula dalam bekas dengan air biasa juga dalam tempoh 10 minit.


  5. Selepas 10 minit, boleh lap barang kemas anda dengan kain kering dan hasilnya memang nampak seperti baru beli.

JEWEL CAFE MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN CUCI BARANG KEMAS PERCUMA

Jika anda merupakan ahli Jewel Cafe, anda boleh menebus cucian percuma untuk barang kemas anda hanya menunjukkan kupon seperti di bawah:

Untuk menjadi ahli Jewel Cafe, anda perlu menjual emas/barangan kemas, barangan berjenama seperti beg tangan serta jam tangan berjenama mewah kepada kami. Setelah itu anda akan memperolehi semua kelebihan yang kami sediakan. 

Selamat mencuba langkah-langkah mencuci barang kemas yang dikongsikan oleh kami. 

page top
page top