AEON Bukit Raja Shopping Centre blog

Tips mengenalpasti asli atau palsu bagi beg tangan mewah berjenama – Christian Dior My Lady Dior Canage

February 16, 2021

 

 

クリスチャンディオール ハンドバッグ マイレディディオール カナージュ M0532PCAL Christian Dior バッグ 2wayショルダーバッグ【安心保証】【中古】

TANDA LABEL KULIT

 

 

Pentingnya untuk anda melihat pada label tag atau tanda label yang di jahit kemas pada bahagian dalam beg. Tanda label ini terdapat nombor siri beg yang dicop panas pada sekeping tanda diperbuat daripada kulit. Tanda kulit tersebut berbentuk segi empat tetapi di setiap hujung sudut berbentuk separuh bulatan dan tidak tajam.

 

 

Beg pada keluaran tahun sebelum 1990- tanda label dijahit satu baris jahitan sahaja di bahagian atas tanda.

 

 

Beg pada keluaran tahun selepas 1990- tanda label pada beg yang lebih baru dijahit sepanjang tanda label. Jahitan atas pada beg mempunyai warna yang berbeza dari jahitan lain di sekitar sempadan tanda.

 

 

Nombor siri beg biasanya terdapat dibelakang tanda label.

 

 

COP PANAS

 

 

Cop panas dilakukan untuk mengukir logo dan menulis nombor siri pada sesebuah beg tangan. Biasanya terdapat di tanda label. Untuk menentukan ketulenan sesebuah beg tangan anda harus melihat dengan terperinci di logo dan di setiap huruf. Kemas, tepat, sekata bahkan tiada warna yang terdapat di luar huruf adalah beg yang asli manakala tidak kemas, tidak sekata, kasar serta terdapat warna berlebihan di luar huruf biasanya adalah beg yang palsu.

 

 

Tanda label bahagian depan akan dicop Christian Dior logo manakala bahagian belakang dicop nombor siri beg tangan tersebut. Cop logo merangkumi kata-kata “Christian Dior PARIS” dengan “Made in Italy” atau “Made in Spain” di bawahnya.

 

 

Selain itu, anda juga perlu melihat logo dan huruf itu dicop pada tempat yang tepat, tidak terlalu kiri atau kanan dan tidak terlalu atas atau bawah. Perlulah berapa di tengah tengah tanda label. Begitu juga dengan nombor siri, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat antara satu sama lain.

 

 

Warna yang di cop panas biasanya adalah warna emas dan perak, jika anda menemukan warna selain daripada itu dan tidak warna kemungkinan besar beg tangan tersebut adalah palsu.

 

 

クリスチャンディオール ハンドバッグ マイレディディオール カナージュ M0532PCAL Christian Dior バッグ 2wayショルダーバッグ【安心保証】【中古】

JAHITAN

 

 

Jahitan yang bengkok, tidak teratur dan dijahit pada sudut tempat yang pelik adalah tanda-tanda beg tangan palsu. Dior’s iconic Cannage quilting terdiri daripada jahitan kecil dan rata dijahit dengan benang nipis. Salah satu kelebihan kenapa Dior’s iconic Cannage quilting ini sukar ditiru adalah benangnya haruslah sama warna dengan beg tangan itu sendiri. Pembuat beg tangan palsu biasanya sukar untuk mendapatkan warna yang sama untuk keduanya.

 

 

 

KEASLIAN KAD

 

 

kad beg tangan asli Dior berwarna kelabu. Jika dilihat di bahagian belakang, kad yang asli mempunyai dua ruang kecil untuk tarikh dan kod rujukan. Manakala, ruang besar berbentuk segi empat untuk butiran kedai dan tarikh yang akan dicop. Kad yang palsu mempunyai dua slot segiempat besar.

 

 

クリスチャンディオール ハンドバッグ マイレディディオール カナージュ M0532PCAL Christian Dior バッグ 2wayショルダーバッグ【安心保証】【中古】
Authentic Christian Dior Handbag Authenticity Card

CHARMS

 

 

Beg tangan Christian Dior terkenal dengan kecantikan charms nya yang terdiri daripada huruf-huruf Dior itu sendiri yang sangat menarik dan terserlah kecantikannya apabila memakai beg tangan tersebut. Bulatan yang menampung keseluruhan huruf-huruf Dior tersebut adalah cukup kukuh kerana melambangkan kualiti jenama mewah itu sendiri. Charms Dior menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.

 

 

クリスチャンディオール ハンドバッグ マイレディディオール カナージュ M0532PCAL Christian Dior バッグ 2wayショルダーバッグ【安心保証】【中古】
page top
page top