AEON Bukit Raja Shopping Centre blog

Mengapa Beg Diperbuat Dari Kulit Menjadi Pilihan?

April 12, 2021

JEWEL CAFE KEDAI MEMBELI EMAS DAN BARANGAN BERJENAMA TERPAKAI!


Beg kulit semestinya mempunyai peminatnya tersendiri. Hal ini kerana beg kulit mempunyai nilai kepada si pemakai. Beg kulit mempunyai pelbagai kebaikan yang dapat menarik orang ramai untuk berubah menggunakannya. 

Terdapat jenama-jenama mewah yang menggunakan kulit sebagai bahan utama untuk dijadikan beg tangan. Ini membuatkan sesuatu beg itu mempunyai nilai yang tinggi dan dijual pada harga yang agak mahal. Walaubagaimanapun, beg kulit menjadi pilihan utama kepada seseorang kerana kualitinya yang tinggi.

Hari ini kami di Jewel Cafe ingin berkongsi dengan anda antara sebab beg kulit menjadi pilihan utama kepada si pengguna.

1- Tahan Lasak

Dalam kehidupan seharian, pengguna beg tangan yang aktif dan lasak akan mengalami geseran kecil yang sering berlaku keatas beg. Hal ini menyebabkan beg tangan anda mempunyai kesan calar. Beg tangan yang dibuat daripada kulit dapat menahan geseran-geseran kecil. Ianya tidak akan memberi kesan yang kelihatan seperti kesan calar atau retakan yang kelihatan pada beg kulit.

Beg kulit juga dapat mengekalkan tesktur dan warna walaupun beg terdedah kepada aktiviti yang lasak. Tedapat juga beg tangan kulit yang sudah lama digunakan menjadi semakin lembut tetapi masih utuh. Hal ini kerana kualiti kulit yang digunakan juga amat penting untuk menunjukkan tahap kelasakan bagi beg itu.

2- Kualiti

Beg kulit mempunyai kualiti gred yang tinggi. Hal ini kerana penghasilan beg kulit mengambil masa yang agak lama.  Kebanyakan beg kulit dijahit menggunakan tangan (handmade) dan sentiasa mengekalkan imej yang baik di pasaran.

Kualiti beg kulit yang baik akan memberikan kepuasan kepada pelanggan dan ini dapat menjadi salah satu faktor kepada perubahan orang ramai untuk menggunakan beg kulit.

Sesetengah pengguna sanggup membayar harga yang tinggi untuk beg kulit supaya beg tangan tersebut dapat digunakan untuk jangka masa yang lama.  Lebih-lebih lagi bagi kaum lelaki yang akan menukar beg dompet yang baru sekiranya beg dompet yang lama sudah rosak. Corak dan saiz akan diperiksa dengan teliti kerana ianya akan melibatkan penggunaan kualiti kulit tulen sepenuhnya.

3- Tahan Lama

Tahan lama merupakan salah satu ciri yang dicari untuk setiap beg tangan kerana beg yang mudah rosak dan reput akan mengakibatkan pelanggan merasa rugi untuk membelinya.

Beg kulit adalah beg yang mempunyai ciri tahan lama dan dapat menarik minat pengguna untuk menggunakan dan membeli beg kulit. Beg kulit dapat digunakan dalam jangka hayat yang panjang kerana ianya tidak mudah rosak dan reput.

4- Mewah dan Eksklusif

Beg kulit akan nampak eksklusif dan mewah kepada pengguna kerana kelainan kain dalam penghasilan beg kulit ini memberikan kesan yang berlainan daripada beg yang menggunakan bahan beg yang biasa.

Sebagai contoh jenama mewah iaitu Chanel banyak menghasilkan beg tangan mewah yang diperbuat daripada kulit. Bahan utama yang digunakan dan jenama yang mewah menyebabkan harga beg tangan tersebut menjadi lebih mahal. Sesiapa yang menggayakan beg seperti ini sudah pasti akan kelihatan anggun dan mewah. 

Kesan ini dapat memberikan impak positif untuk pengguna berubah untuk menggunakan beg kulit secara meluas.


page top
page top