AEON Taman Maluri Shopping Centre blog

Jual Emas Anda dan Tukarkan Kepada TUNAI di Jewel Cafe Aeon Taman Maluri

October 24, 2020

Hi, selamat datang ke blog kami~~ Selamat berhujung minggu~~


Marilah kita bersama-sama menjalani kehidupan norma baharu yang telah ditetapkan oleh kerajaan~~


Adakah anda mempunyai koleksi barangan kemas terpakai?


Ingin membeli baharu dan tukar kepada TUNAI?


Jom saya perkenalkan kedai kami, Jewel Cafe~


JEWEL CAFE


Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No 1 Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti rantai, gelang tangan, cincin, subang, dan juga berlian. Kami membeli dari emas kuning, emas putih, suasa dan platinum. Jika anda mempunyai barangan kemas dari Gred 999 sehingga Gred 375, anda boleh datang jual ke kedai kami.



ANGGARAN HARGA PERCUMA DAN BAYARAN TUNAI


Untuk servis anggaran harga yang disediakan oleh pihak kami adalah secara PERCUMA. Ya! Ia akan dilakukan oleh staff kami yang professional. Proses mengambil masa di antara 10 sehingga 15 minit bergantung juga kepada berapa banyak yang anda bawa. Selain daripada itu, pelanggan akan disediakan dengan minuman dan makanan ringan.


Bagi transaksi yang berjaya, pelanggan akan dibayar secara TUNAI! Pelanggan juga akan diberikan faedah keahlian seperti kad keahlian.



Lokasi Kami


Jom datang ke kedai kami yang terletak di dalam Aeon Mall Taman Maluri, di tingkat atas bersebelahan dengan kedai Gadget Telefon dan kedai Telefon VIVO.

page top
page top