AEON Taman Maluri Shopping Centre blog

Fakta menarik mengenai jenama Gucci, membeli berjenama terpakai Kuala Lumpur

February 7, 2021

Hi semua,

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami, Jewel cafe Taman Maluri.

Semasa musim pandemik ini, kami menasihatkan agar sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Kita hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa mengunjungi tempat awan, selalu membasuh tangan dan menghindari tempat yang sesak.

Fakta menarik mengenai Gucci

Jenama Gucci telah di tubuhkan di Itali pada tahun 1921 oleh Guccio Gucci

Walaupun Gucci ditubuhkan di Itali, sebuah negara yang terkenal dengan fesyen, kebanyakkan gaya diilhamkan oleh mereka yang tinggal di London dan sekitar England.

Logo ganda G simbolik kepada Guccio Gucci, iaitu pengasas jenama Gucci

Guccio Gucci mendapat inspirasi untuk memulakan jenama sendiri ketika beliau bekerja sebagai operator lif di Savoy Hotel London. Di sana, beliau telah bertemu dengan ramai selebriti terkenal dan aksesori mereka sebagai pendorong.

Cetakan pertama flora dilihat pada selendang dan ini adalah permintaan istimewa dari Garce Kelly, Puteri Monaco.

Selendang ini direka Rodolfo Gucci, salah seorang anak lelaki Guccio

Logo GG tidak direka boleh Gucci sendiri. Ia direka pada tahun 1960 untuk memperingati kematian Guccio Gucci.

The Bamboo Shopper adalah salah satu produk jenama Gucci yang paling ikonik. Pereka bag Gucci telah bereksperimentasi dengan pelbagai sumber termasuk la buluh ketika kekurangan sumber kulit

Jewel Cafe, Aeon Taman Maluri Cheras Kuala Lumpur

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke kedai kami. Kami turut menyediakan “penganggaran harga secara percuma” untuk pelbagai jenama bag dan jam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh bertanyakan kepada staff professional kami.

page top
page top