AEON Taman Maluri Shopping Centre blog

5 Fakta Menarik Mengenai Barangan Berjenama, Pembeli Barangan Berjenama Terpakai Kuala Lumpur

February 19, 2021

Hi semua,

Semasa musim pandemik ini, sentiasa memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan ‘sanitizer’.

Sekiranya anda mengunjungi tempat yang sesak, sila jaga jarak anda dan sentiasa amalkan rutin kebersihan. Kedai kami juga sentiasa disanitasi setiap kali selesai proses transaksi. Staff kami juga sentiasa memakai pelitup muka untuk memastikan keadaan terjaga.

Fakta menarik mengenai barangan berjenama

Seperti yang sedia kita maklum, beg tangan adalah sinonim untuk wanita. Sehinggakan dikatakan beg tangan adalah kawan baik wanita dan wanita pasti mempunyai koleksi beg tangan sekurang-kurangnya 2 buah beg tangan setiap seorang.

Namun begitu, terdapat juga fakta menarik yang kita kurang pasti mengenai beg tangan lebih-lebih lagi untuk beg tangan berjenama. Hari ini kami ingin kongsikan bersama anda mengenai fakta-fakta yang menarik yang kita tidak tahu mengenai barangan berjenama.

1) Pada mulanya, beg tangan adalah dicipta untuk lelaki

Pada mulanya, beg tangan adalah dicipta untuk kegunaan lelaki. Tidak kiralah dalam bentuk kantung, ataupun beg, beg tangan telah lama dilabel sebagai aksesori untuk kaum lelaki. Ia juga telah disesuaikan untuk pelbagai kegunaan.

2) Louis Vuitton bakar lebihan produk untuk menjaga imej jenama tersebut

Louis Vuitton akan membakar lebihan produk pada setiap hujung tahun untuk menjaga imejnya sebagai barangan berjenama yang berprestij. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan produknya dijual pada harga promosi dan ini akan merosakkan imej atau nilai produk yang telah dijual sebelum ini.

3) Beg Louis Vuitton bersifat kalis air dan api

Bertepatan dengan nilai harga barangan Louis Vuitton, beg ini diperbuat sepenuhnya kalis air dan api. Jadi, kita tidak perlu risau sekiranya beg tangan Louis Vuitton terkena air atau api.

4) Sesetengah beg tangan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan

Untuk mendapatkan produk yang berkualiti tinggi dan diperbuat sepenuhnya menggunakan tangan, sesetengah beg tangan berjenama mengambil masa beberapa minggu untuk menghasilkanya. Maka tidak hairanlah sekiranya harga untuk sebuah beg tangan berjenama mampu mencapai sehingga ratusan ribu ringgit. Ketiadaan sentuhan kimia atau mekanikal menjadikan beg tangan ini bertambah cantik seiring usia.

5) 2 daripada 10 beg tangan mewah adalah tidak tulen

Sebuah kajian mendapati 2 daripada 10 barangan mewah adalah tiruan. Ini adalah kerana permintaan yang tinggi menyebabkan terhasilnya industri pembuatan barangan tiruan ini.

Jewel Cafe Taman Maluri, Cheras Kuala Lumpur

Sekiranya anda mempunyai barangan berjenama seperti beg tangan, wallet, ataupun jam yang tidak lagi digunakan, anda sangat di jemput untuk datang ke kedai kami. Kami sedia menerima barangan berjenama dalam pelbagai kondisi dan akan membelinya secara tunai bergantung kepada kondisi dan jenama barangan itu sendiri. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada staff kami.

page top
page top