AEON Taman Maluri Shopping Centre blog

Mengapakan jam tangan mewah dijual pada harga yang tinggi? | Pembeli jam tangan mewah terpakai Kuala Lumpur

March 20, 2021

Hai semua,

kami di Jewel Cafe berharap anda sentiasa mengamalkan rutin kebersihan yang sepatutnya semasa musim Covid-19 ini. Elakkan kawasan yang sesak dan sentiasalah memakai pelitup muka di kawasan awam. Amalkan rutin membasuh tangan menggunakan sabun atau ‘hand sanitizer’

Kami di Jewel Cafe juga sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Kami sentiasa mengsanitasi kedai kami setiap hari dan setiap kali selesai setiap transaksi.

Mengapakah jam tangan mewah dijual dengan harga yang tinggi?

Hari ini kami ingin berkongsi beberapa faktor yang menyebabkan jam berjenama mewah dijual pada harga yang tinggi. Seperti yang kita ketahui, jam tangan berjenama seperti Rolex, Omega dan Patek Phillipe mempunyai harga yang tinggi. Ia bukan sahaja di jual pada harga yang tinggi, tetapi sesetengah model juga mempunyai nilai yang tinggi apabila dijual semula.

Diperbuat daripada bahan yang terbaik

Harga sesetengah produk sangat dipengaruhi daripada bahan buatannya. Jika kita lihat daripada setiap bahagian jam, seperti bezel ataupun dial itu sendiri, sekiranya ianya diperbuat daripada bahan yang berkualiti harga sesetengah produk akan menjadi lebih tinggi. Bahan berkualiti ini juga dijadikan tanda aras bagi harga produk tersebut. Sekiranya terdapat bahagian tertentu yang diperbuat daripada berlian atau emas, nilai harganya akan menjadi semakin tinggi.

Walau bagaimanapun, produk yang berkualiti tinggi juga dapat meningkatkan ketahanan jam tersebut. Namun tidak hairanla sekiranya sesetengah daripada kita sanggup untuk mengeluarkan puluhan dan ratusan ribu untuk jam yang dapat bertahan selama berpuluh tahun.

Memerlukan penyelidikan bertahun-tahun untuk menambah baik tahap kualiti pergerakan jam

Jam tangan mewah seperti Frank Muller, Rolex dan Cartier sangat terkenal dengan pergerakan/ engin jam mereka. mereka sentiasa berinovasi untuk menghasilkan jam yang lebih rumit pergerakan/ enjinnya, lebih nipis dan lebih jitu. Semua hasil inovasi ini tidak mudah dan setiap penyelidikan mememerlukan masa selama bertahun-tahun untuk menghasilkan hasil karya yang memberikan impak besar kepada jenama secara globalisasi. Setiap model juga mempunyai fungsi tau ciri-ciri yang tersendiri dan ini adalah salah satu faktor besar mengapakah kebanyakkan pengumpul jam sentiasa berusaha untuk menambah koleksi jam mereka.

Pengeluar jam juga sentiasa mencipta produk yang relevan dengan masa dan penampilan jam tersebut sangat menarik dan bersesuaian dengan acara. Reka bentuk jam juga sangat memainkan peranan sebagai aksesori untuk mepertingkatkan penampilan atau simbol status kepada pemakai.

Kuantiti yang terhad di dalam pasaran

Kebanyakkan barangan berjenama ini mempunyai kuantiti yang sangat terhad di dalam pasaran. Ini adalah kerana penghasilan sesuatu produk itu hanya tertempu kepada kelompok kumpulan elite yang berkemampuan untuk memilikinya.

Selain itu, ia juga memerlukan kepakaran yang tinggi dan ia juga penting untuk menjamin kualitinya. Untuk barangan berjenama, hanya produk yang mencapai tahap kualiti yang tertentu sahaja yang akan dipasarkan dan ini menyebabkan mereka lebih mudah untuk mengawalnya dalam kuantiti yang sedikit. Ini secara tidak langsung menyebabkan pelanggan berasa istimewa apabila dapat memiliki produk yang hanya berkuantiti terhad.

Jewel Cafe Aeon Taman Maluri, Cheras Kuala Lumpur

Kami, Jewel Cafe Taman Maluri terletak di dalam Aeon Taman Maluri, aras 1 dan berdekatan dengan Pejabat Pos. Sekiranya anda mempunyai barangan berjenama lama seperti jam tangan atau beg tangan/wallet, kami sangat menantikan kedatangan anda. Staf profesional kami akan membantu anda sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun semasa proses penilaian dilakukan.

Kami juga ada menyediakan makanan ringan daripada Jepun untuk setiap pelanggan. Silalah kunjungi kedai kami dan nikmati pengalaman baru ketika menjual barangan anda kepada kami.

page top
page top