AEON Taman Maluri Shopping Centre blog

Mengapa Nilai Emas Putih Rendah?

April 5, 2021

Selamat datang ke laman web Jewel Cafe Malaysia.


Kami harap anda semua dalam keadaan yang baik. Jangan lupa pakai mask anda ketika keluar ke tempat awam dan jaga penjarakkan sosial. 🙂

Apakah Maksud Emas Putih?

Emas putih adalah emas yang telah diproses dengan kaedah pelunturan. Ianya dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Walaubagaimana pun, emas putih lebih murah berbanding platinum kerana suhu untuk meleburkannya adalah lebih rendah dari platinum. Lazimnya, terdapat 2 jenis emas putih.

18K (750)

Jika emas putih anda mempunyai tanda 18K atau 750, ketulenan barang anda adalah 75% sahaja. Ini bermakna, hanya 75% emas tulen digunakan dan 25% lagi adalah logam nikel.

9K (375)

Bagi 9K atau 375, ini adalah gred emas yang paling rendah. Ini kerana hanya 37.5% emas tulen digunakan semasa proses peleburan dan selebihnya adalah logam nikel.

 

Sudah tentu harganya juga lebih rendah berbanding emas biasa (916, 999). Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana ketulenannya yang rendah.

Kenapa Emas Putih Harga Beli Mahal Tetapi Bila Jual Harga Murah?

Ya pada masa kini kebanyakan orang sukakan emas putih, kerana lebih memilih perhiasan yang ringkas dan kini emas putih sangat bergaya. Emas putih sering digunakan untuk meningkatkan sinaran berlian dan batu permata lain. Lazimnya cincin pertunangan menggunakan 9K atau 18K kerana ianya lebih teguh dan dapat memegang batu berlian dengan lebih selamat.

Tetapi meraka tidak tahu yang emas putih nilainya amat rendah. Apabila hendak membeli harganya, memang mahal kerana termasuk untung, upah dan caj -caj lain. Kebanyakkan kedai juga sering kali tidak menerima untuk membeli semula emas putih, walaupun pelanggan masih mempunyai resit.

Oleh kerana ketulenan yang rendah tetapi harga membeli yang tinggi, emas putih hanyalah perhiasan dan tidak sesuai untuk menjadikan sebagai pelaburan.

Jewel Cafe Membeli Emas Putih Terpakai

Walaubagaimana pun, kami di Jewel Cafe masih boleh membeli emas putih anda. 

Jika anda mempunyai emas putih dan ingin menjualnya, anda boleh datang ke Jewel Cafe. Kami sedia untuk membeli emas putih anda dan membayar secara tunai!

  

Barang kemas anda rosak? Putus? Tak muat? Ataupun tidak lagi memakainya?

Jemput datang ke Jewel Cafe dan kami akan membuat anggaran secara percuma!

Hubungi Kami

JEWEL CAFE AEON TAMAN MALURI
Lot F29, 1st Floor, Aeon Taman Maluri Shopping Centre,

Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras 55100 Kuala Lumpur.
+603-9201 4001

(sebaris dengan Pos Malaysia)

This image has an empty alt attribute; its file name is aeon-taman-maluri01.jpg
page top
page top