Bagaimana membezakan emas tulen atau palsu? Tips mudah untuk memeriksa barang kemas anda! | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: April 13, 2021

Bagaimana membezakan emas tulen atau palsu? Tips mudah untuk memeriksa barang kemas anda! | JEWEL CAFÉ Malaysia


women


women


women


women


Emas merupakan barang perhiasan yang popular dan sering dijadikan sebagai aset. Oleh sebab itu, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab memproses emas palsu dan menjualnya dipasaran. Saban tahun, pemalsuan emas bertambah licik sehingga sukar untuk dikenalpasti.

Walau bagaimanapun, risiko ditipu dapat dikurangkan sekiranya mempunyai ilmu tentang emas.

Untuk artikel kali ini kami akan memberikan tips mudah bagaimana untuk membezakan emas tulen dan emas palsu.

Ciri-ciri emas palsu

Pertama, saya akan menerangkan pelbagai jenis produk emas kepada anda berdasarkan kes sebenar yang sering berlaku semasa penilaian.

Terdapat dua jenis kategori utama emas palsu iaitu: “bersalut” dan “meterai tidak sepadan dengan bahan sebenar” atau dalam kata lain cop pada barangan kemas tidak sepadan dengan bahan sebenar. Berikut adalah contoh pengelasan yang lebih terperinci. Sila rujuk keterangan di bawah:

Contoh 1: Struktur lapisan berganda

Jongkong emas kadang-kadang boleh kelihatan palsu. Lapisan demi lapisan, lapisan emas, disusuli lapisan tembaga di dalamnya, dan kemudiannya di bawah lapisan tembaga merupakan lapisan tungsten (logam keras bewarna kelabu). Kaedah penipuan ini tidak dapat dinilai secara tepat dengan sekadar melalui sentuhan sahaja, tetapi cara lain seperti pemeriksaan graviti tertentu harus dijalankan.

Contoh 2: “K18” diukir pada bahagian badan barangan kemas meskipun jelas menunjukkan barangan kemas tersebut hanya disadur emas di lapisan luar

Ketulenan sesuatu emas itu dirujuk sebagai karat. Sekiranya ketulenan barangan tersebut 18, ia akan ditanda atau diukir “K18”. Jika barangan tersebut hanyalah saduran emas atau “gold-plated”, barangan tersebut harus ditanda “K18GP”. Namun begitu, terdapat juga beberapa barangan kemas yang hanya disadur emas di lapisan luar tidak ditandai dengan tanda “GP”. Hal ini sekaligus membuat orang ramai menganggap barangan tersebut merupakan emas kerana hanya terdapat ukiran “K”.

Kebanyakkannya mereka menggunakan “tungsten” yang mempunyai berat yang hampir sama dengan emas. Ini adalah untuk menglirukan pelanggan.

Contoh 3: Mencampurkan logam lain dengan emas

Walaupun sesuatu barangan kemas itu mempunyai tanda atau ukiran seperti K22, terdapat beberapa kes dimana barangan kemas tersebut telah dicampur dengan logam bukan emas.

Selalunya, ia akan digunakan pada bahagian cangkuk kerana bahagian tersebut kecil dan susah dibezakan. Dalam pada itu, bahagian tersebut juga selalu terlepas pandang untuk diperiksa.

Produk barangan kemas palsu mempunyai kualiti yang rendah. Sekiranya barangan tersebut dihantar kepada pihak penilaian emas, mereka dapat mengenal pasti dengan mudah.

Tips mudah untuk membezakan produk emas tulen dan palsu

Ukiran/Tanda

Pertama, kenalpasti ukiran.

Unit ketulenan emas adalah karat, sama seperti yang dijelaskan sebelum ini. Di negara-negara asing, terdapat juga kaedah tanda seribu. K18 dan K14 masing-masing ditandakan sebagai 750 dan 585. Kaedah seribu juga sangat biasa di pasaran Jepun, Taiwan atau Malaysia.

Jongkong emas (Ingot) terukir dengan 999.9 atau “FINE GOLD”, menunjukkan ia emas tulen (K24). Emas akan berubah tanda bersesuaian dengan campuran. Tanda-tanda yang terukir seperti “K14YG” (iaitu K14 Emas Kuning) atau “K18PG” (iaitu K18 Pink Gold) adalah sinonim bagi wanita yang meminati emas.

Di samping itu, produk yang disadur emas ditandakan dengan perkataan “GP”, “GP” adalah singkatan bagi “Gold Plated” atau dalam kata lain emas yang disadur dan tanda ukiran emas 18K bersalut adalah “K18GP”.

Daya tarikan pada magnet

Emas tidak mempunyai daya magnetik dan tidak boleh tertarik terhadap magnet. Walau bagaimanapun, terdapat juga logam lain seperti perak atau timah yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas tarikan terhadap magnet. Maka, tidaklah semudah itu menyatakan “tidak tertarik dengan magnet adalah emas!”. Kaedah ini sesuai digunakan sekiranya objek itu mengandungi besi!

Nada Warna

Ketulenan yang berbeza turut menunjukkan nada warna yang berbeza. Perbezaan ini juga boleh menunjukkan keaslian sesuatu barangan kemas tersebut.

Sebagai perbandingan, perbezaan warna antara yang palsu dan yang tulen biasanya dapat ditunjukkan dengan jelas. Emas tulen (K24) berwarna kuning keemasan dengan oren. Apabila ketulenan semakin berkurangan, warna oren juga berubah menjadi lebih terang, menunjukkan warna kuning yang agak terang; contohnya, apabila ketulenan menunjukkan tanda K10, nada warna mula menjadi kusam atau kurang kekuningan kerana peningkatan kandungan tembaga.

Ujian batu sentuh

Kaedah ujian batu sentuh adalah kaedah awal yang telah digunakan sejak zaman kuno. Gosok permukaan logam pada batu hitam yang disebut “batu sentuhan”, dan tentukan apakah itu emas berdasarkan jejak geseran pada batu tulis, nada warna, atau sentuhan semasa menggosok. Semasa menggosok beberapa produk berlapis emas kasar, bahan bukan emas di dalamnya akan terdedah, dan anda dapat melihat sekilas barang itu palsu.

Cara menguji

1. Perhatikan kesan coretan pada batu sentuh (mengikut kriteria coretan sebelumnya).

2. Ini dinilai oleh perbezaan rasa geseran atau kelembutan coretan. (Emas palsu terasa lebih sukar dan pelik ketika digosok)

3. Titiskan asid nitrik pada jalur dan perhatikan tindak balasnya

• Emas atau emas tulen: tidak akan bertindak balas dengan asid nitrik (kesan coretan atau geseran akan kelihatan dan tidak akan hilang apabila dibiarkan beberapa saat

• Karat emas: ketulenan yang lebih tinggi daripada K18: tidak ada tindak balas walaupun ia diisi dengan asid nitrik. Walau bagaimanapun, apabila ketulenan di bawah K10, reaksi perubahan warna dapat diperhatikan setelah jangka waktu tertentu.

• Logam seperti besi: geseran daripada besi akan cair atau hilang, perubahan warna dan tindak balas lain. (Awas! Oleh kerana asid nitrat adalah ubat yang sangat berbahaya, sentuhan kulit dengan asid nitrat boleh menyebabkan luka bakar kimia, jadi tidak digalakkan sama sekali menggunakan kaedah ini tanpa latihan.)

Sebagai tambahan kepada kaedah di atas, terdapat banyak kaedah mudah yang dapat dipraktiskan. Seperti menggunakan kaca pembesar untuk memeriksa perinciannya. Permukaan aloi kasar, tidak rata, atau hitam, yang dapat diperhatikan melalui kaca pembesar.

Perkara di atas memperkenalkan jenis emas dan kaedah membezakan produk emas. Adakah ia berguna untuk anda?

Untuk mengelakkan tertipu dengan emas palsu, disarankan agar anda memiliki latar belakang pengetahuan seperti yang dikongsikan dalam artikel ini. Sudah tentu, “Apabila anda pergi ke kedai emas atas tujuan pembelian, sekaligus dapat membantu dalam membuat penialaian”.


women


women


women


women


For expensive purchase of Gold items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!