Ramalan harga emas tahun 2020! Terokai trend pasaran harga emas akan naik atau turun? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: March 17, 2021

Ramalan harga emas tahun 2020! Terokai trend pasaran harga emas akan naik atau turun? | JEWEL CAFÉ Malaysia


women


women


women


women


Sebelum membuat pelaburan dalam emas, kita mesti mempertimbangkan “kemungkinan kerugian.” Walaupun sesetengah orang berpendapat bahawa harga emas selalu meningkat, sebenarnya sangat berisiko untuk melabur dalam emas tanpa ilmu pengetahuan. Oleh kerana harga emas berubah-ubah, penting untuk memahami trend harga pasaran sebelum membuat pelaburan. Dalam pada itu, laman web pelaburan emas hanya memberi maklumat tentang kelebihan manakala maklumat risiko dan penurunan harga emas jarang dibincangkan.
Sejak wabak pneumonia melanda dunia pada tahun 2019, harga pasaran emas, platinum dan paladium turun naik secara mendadak. Untuk mengelak daripada mengalami kerugian yang tinggi, anda mesti mengkaji pelaburan daripada semua risiko. Peraturan yang penting sebelum membuat pelaburan adalah memahami risiko pelaburan itu sendiri, bukan hanya keuntungan yang bakal diperoleh. Kali ini saya akan menerangkan tentang penurunan pasaran emas.

Mengapa harga emas jatuh menjunam

Bagi mereka yang pertama kali membeli emas, perkara yang sentiasa membimbangkan adalah “kemungkinan pasaran emas jatuh menjunam”. Jika dibandingkan dengan pelaburan lain, ciri emas yang paling menarik adalah kestabilannya, walaubagaimanapun berdasarkan pemerhatian pasaran emas yang lalu, dapat disimpulkan bahawa harga pasaran terus naik dan turun berulang kali. Untuk memahami bagaimana menangani sasaran pelaburan, penting untuk mempertimbangkan “kemungkinan harga emas menurun” terlebih dahulu. Secara khusus, apabila keadaan bertindih, harga emas akan menurun.

Faktor yang menyebabkan harga emas menurun :
• Peningkatan bekalan emas.
• Permintaan emas berkurangan.
• Ekonomi dunia stabil, dan daya tarikan sasaran pelaburan selain emas meningkat.
• Mengurangkan risiko geopolitik yang berkaitan dengan peperangan dan pengganas.
• Orang kaya dan pelabur di seluruh dunia tidak tergesa-gesa untuk membeli emas.

Faktor-faktor diatas tidak terhad kepada emas sahaja tetapi untuk semua pasaran. Jika sasaran pasaran besar dan bukan komoditi yang tinggi permintaan, nilainya akan jatuh. Di samping itu, emas mempunyai ciri unik, iaitu “walaupun dapat menangani semua risiko, mempunyai emas tidak akan menghasilakn apa-apa ganjaran.” Apabila semua risiko ekonomi seperti peperangan dan serangan pengganas rendah serta ekonomi berkembang pesat, pelaburan saham lebih menguntungkan berbanding pelaburan emas. Manakala, apabila risiko pelaburan umum seperti saham terjejas, pelabur akan beralih kepada emas untuk mengelak daripada kerugian. Jika terdapat perubahan yang berkaitan dengan tiga keadaan berikut, pasaran emas juga akan berubah.

• Kejutan Dolar
• Turun naik kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
• Keadaan dunia (ketegangan pelbagai negara, dan lain-lain).

Secara amnya, jika kadar faedah Amerika Syarikat naik, dolar akan mengukuh dan harga emas akan jatuh. Sebaliknya, jika kadar faedah di Amerika Syarikat berkurangan, dolar AS juga akan lemah dan harga emas akan naik. Di samping itu, keadaan dunia juga akan menjejaskan harga emas. Malah, berita pelaburan telah melaporkan bahawa pegangan emas akan meningkat apabila pasaran saham tidak stabil. Berikut adalah beberapa contoh kemerosotan ekonomi yang pernah berlaku.

• Kesatuan Soviet runtuh, dolar AS naik, dan harga emas menjunam. Oleh kerana krisis ekonomi Asia, harga emas di Taiwan telah jatuh ke paras terendah iaitu 267/G Taiwan.
• Krisis kewangan dunia yang disebabkan oleh kebankrapan Lehman Brothers. Harga emas antarabangsa adalah USD 681/1TOZ, dan harga emas domestik di Taiwan menjunam kepada 704/G (Oktober 2008).
• Pelabur tidak optimistik tentang prospek akibat masalah Cyprus. Harga antarabangsa menjunam dari USD 1,501 per 1TOZ kepada USD 1,360 (April 15, 2013).
*TOZ: Troy auns. Unit untuk mengira jisim emas.
*Merekodkan harga antarabangsa dan harga domestik.

Sekiranya ideologi “jangan membeli emas untuk mengelakkan risiko” merebak di kalangan orang kaya dan pelabur di dunia, pasaran emas menjunam mungkin menjadi kenyataan. Walaubagaimanapun, ideologi ini tidak akan terjadi kerana masyarakat mengetahui bahawa emas mempunyai sifat perlindungan nilai dan merupakan sasaran pelaburan jangka panjang yang mempunyai risiko yang rendah. Pada Mac 2020, wabak Koronavirus telah merebak ke seluruh dunia menyebabkan pelabur beralih kepada pelaburan emas untuk menghindarkan risiko yang tinggi sehingga mendorong harga emas meningkat. Ini menyebabkan harga emas antarabangsa melambung kepada USD1,691/1TOZ.

Bagaimana jika jumlah perlombongan meningkat pada masa akan datang?

Emas dipandang tinggi kerana ia adalah logam berharga yang sangat jarang berlaku. Manusia telah menggunakan emas sejak zaman purba menyebabkan sejumlah besar emas telah dilombong daripada bumi. Apa yang orang ingin tahu adalah, “jika emas baru ditemui pada masa akan datang dan jumlah perlombongan meningkat, bagaimana pasaran emas akan berubah?”. Walaupun permintaan emas meningkat harga emas akan merosot sekiranya mempunyai bekalan emas yang tinggi.Pada masa kini perlombongan emas sangat terhad. Melalui pembaharuan teknologi masa depan, mungkin boleh melombong lebih banyak emas daripada sekarang. Tetapi jika ingin melombong emas berhampiran dengan kerak dan dasar laut, kos perlombongan akan meningkat. Untuk mendapatkan semula kos perlombongan, harga emas kemungkinan akan naik. Dalam erti kata lain, walaupun terdapat kuantiti yang boleh didapati secara teori dan kuantiti bekalan sebenar meningkat, ia tidak bermakna bahawa harga emas akan jatuh. Malah, masalah terbesar dengan bekalan emas adalah kos perlombongan yang mahal, bukan pada sumber emas. Oleh sebab itu, walaupun mempunyai teknologi baru untuk meningkatkan jumlah perlombongan emas, kemungkinan harga emas mungkin tidak tinggi kerana kos perlombongan yang mahalDari perspektif jangka panjang, emas masih mengekalkan harga pasaran yang stabil. Tetapi kerana pasaran emas berubah setiap hari, harga semalam, hari ini, dan esok akan berbeza. Jika bercadang untuk membeli atau menjual emas, anda perlu mengkajin harga pasaran terlebih dahulu. Dari perspektif jangka panjang, kemungkinan harga emas jatuh menjunam adalah sangat rendah. Pada masa akan datang, emas sebagai sasaran pelaburan seolah-olah tidak dapat dielakkan kerana sifatnya yang mempunyai pelindungan nilai dan inflasi. Sejak kebelakangan ini, industri teknologi untuk telefon pintar dan komputer telah berkembang pesat. Malah, pembuatan industri teknologi telah mula menggunakan emas sebagai komponen dalaman telefon pintar. Dengan perkembangan ini, ia telah menarik perhatian ramai pihak menyebabkan penggunaan emas dalam industri akan terus meningkat. Selain itu, dengan perkembangan negara-negara yang terus maju akan menyebabkan permintaan emas akan kekal tinggi pada masa akan datang, dan kemungkinan harga emas jatuh menjunam dalam jangka masa panjang agak rendah. Selepas memasuki tahun 2000, walaupun pasaran emas telah meningkat dengan mendadak, ramai pakar masih mengatakan bahawa “harga emas masih rendah.” Untuk melindungi aset, ramai pelabur menukar aset mereka kepada emas berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Perspektif pelaburan jangka pendek

Dari sudut pandangan jangka panjang, kebarangkalian pasaran emas jatuh agak rendah. Tetapi dari perspektif jangka pendek, keadaannya berbeza. Oleh kerana pergerakan dana dunia dan faktor-faktor lain, pasaran emas mungkin akan jatuh menjunam. Malah, pasaran emas dunia telah mengalami trend menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pelaburan dalam bidang lain yang lebih menarik dan menguntungkan, ramai pelabur akan menjual emas dan melabur dalam bidang lain.
Sebagai contoh, pelaburan platinum. Platinum kini dalam permintaan yang tinggi untuk perhiasan dan pembuatan kereta, dan merupakan sasaran pelaburan yang sangat popular selain emas. Tetapi dengan penularan jangkitan Coronavirus yang sedang melanda dunia, harga platinum antarabangsa telah menurun kerana berlakunya pertambahan jumlah orang yang dijangkiti di Eropah dan penutupan loji perlombongan di negara pengeluar iaitu Afrika Selatan. Sekiranya Coronavirus reda pada masa akan datang, harga antarabangsa juga akan kembali normal dan meningkat.Walau bagaimanapun, pada masa sekarang penularan Coronavirus masih pada tahap bahaya dan jumlah orang yang dijangkiti masih tinggi menyebabkan pasaran platinum masih tidak stabil.
Begitu juga dengan pelaburan palladium. Pada Februari 2020, palladium memecahkan rekod harga tertinggi dalam sejarah iaitu USD2,789/1TOZ, tetapi permintaan perlahan berikutan peningkatan mendadak jumlah mereka yang dijangkiti Coronavirus. Sebulan kemudian, ia jatuh kepada 1,355 USD/1TOZ. Selain itu, harga pasaran emas agak stabil, tetapi penularan Coronavirus telah menyebabkan pasaran emas turun dan naik secara mendadak. Sekiranya anda ingin mempertimbangkan untuk menjual emas dan ingin memperoleh keuntungan sebanyak mungkin, dari perspektif pelaburan jangka pendek adalah disyorkan untuk berhati-hati memutuskan tempoh masa untuk menjual dan mengkaji pasaran emas terlebih dahulu.

Beri perhatian kepada Dollar Amerika Syarikat

Apabila mempertimbangkan nilai emas berdasarkan “harga belian di Malaysia,” terdapat faktor lain yang perlu diberi perhatian sebagai tambahan kepada nilai emas itu sendiri. Secara amnya, emas didagangkan dalam dolar AS manakala deposit emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berharga dalam gram. Oleh sebab itu, akan terdapat perbezaan dalam kadar pertukaran. Justru kerana emas adalah sasaran pelaburan antarabangsa, kita mesti memberi perhatian kepada tutun naik dolar AS. Walaupun pasaran emas jatuh di Amerika Syarikat, penurunan tersebut tidak semestinya sama dengan harga ringgit Malaysia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ringgit Malaysia telah meningkat.

Sifat semula jadi emas

Dalam sejarah manusia, nilai emas sentiasa berubah, sama ada naik atau turun.Ini berlaku kerana hasil daripada keseimbangan antara permintaan dan penawaran, dan ini tidak bermaksud bahawa emas itu sendiri telah kehilangan nilai. Nilainya berasal dari sifat kimia emas itu sendiri. Emas adalah logam yang tidak mudah dioksidakan dan terhakis. Walaupun ia cair, ia boleh dibina semula. Emas boleh disifatkan sebagai logam yang tidak akan hilang dan sekaligus ia telah memberi jaminan dalam pelaburan ini kerana anti inflasi. Oleh itu, emas dinilai sebagai pelaburan yang rendah risiko kerana sifat semula jadinya.

Pembelian emas dalam jumlah yang sedikit

Individu yang baru berjinak dalam pelaburan emas adalah disyorkan untuk membeli dalam kuantiti yang sedikit sebelum memahami trend pasaran emas. Dari sudut pelaburan jangka panjang, kemungkinan pasaran emas jatuh menjunam adalah sangat rendah dan boleh dikatakan pelaburan ini sangat menarik kerana risiko kerugian yang rendah. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud memegang emas boleh menjadi kaya dengan serta merta. Sekiranya masa penjualan tidak baik, kemungkinan besar akan mengalami kerugian. Oleh sebab itu, sekiranya mempunyai lebihan dana disarankan membeli emas dalam kuantiti yang sedikit dan belajar memahami trend pasaran emas.


women


women


women


women


For expensive purchase of Gold items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!